Laksa Mee Pangkor memang cukup familiar di kalangan orang Perak terutama orang Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa Laka Mee Pangkor ini. Bagi warga negeri Perak yang rindu nak makan Laksa Mee Pangkor, jom kita masak Laksa Mee Pangkor ikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini.
LAKSA MEE PANGKOR
BAHAN-BAHAN A:
2 ikat laksa mee Pangkor*
BAHAN-BAHAN B (Kuah):
10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana 3 keping asam gelugur – BELI ONLINE 1/2 sudu teh garam – BELI ONLINE Air secukupnya (sekitar 1.5 liter) 5 ulas bawang merah – mayang halus 3 ulas bawang putih – ketuk kasar – BELI ONLINE
BAHAN-BAHAN C (Sambal):
500 gram udang saiz sederhana- bersihkan 10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar – BELI ONLINE 5 ulas bawang merah – mayang halus 3 ulas bawang putih – ketuk kasar 1/2 inci belacan 1 keping asam gelugur Garam & gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN D (Sayur): 200gram kacang panjang – hiris kecil (refer gambar) 3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.
Ads
2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk balancekan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.
3. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Ads
4. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita nakkan kacang itu masih ada rasa rangup.
5. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.
Tumis laksa atau mee calong ini antara hidangan yang paling popular di Terengganu.
Hidangan tumis laksa ini boleh dimakan dengan nasi panas-panas atau makan begitu sahaja.
Resipi yang dikongsikan Muliadi Ramli ini, amat senang untuk disediakan. Jom kita masak!
TUMIS LAKSA TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Selayang 2 sudu besar tepung ubi – beli online di sini ½ bungkus bihun (saya guna cap burung mas) 1 sudu besar kicap pekat (untuk gelapkan kuah sikit) 2 sudu besar kicap Golden Mountain (optional) 2 sudu besar sos cili – beli online di sini Garam & gula secukupnya 1 kiub pati ayam
½ biji bawang holland (kuah rasa lebih manis jika guna bawang holland) – beli online di sini 3 biji bawang putih | mayang – beli online di sini ½ inci halia | dimayang 2 sudu besar lada hitam | ditumbuk halus
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih ½ inci halia 5 biji cili padi (buat yang suka pedas) – beli online di sini *kisar halus, supaya kuah kita lebih pekat dan berperisa
BAHAN SAYUR:
Sawi Lobak merah Bunga kobis/ketiak jagung Cendawan Cili besar merah/hijau *kuantiti ikut suka masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Ikan Selayang dibuang kulit dan tulang diambil isinya sahaja. Kemudian isi ikan ditumbuk.
2. Bila agak lumat, masukkan sedikit garam, perasa dan tepung ubi serta dibentuk menjadi bulat-bulat.
3. Panaskan periuk dengan minyak masak. 4. Kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sampai bawang garing dan naik baunya. 5. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi sampai agak kering dan wangi baunya.
6. Kemudian masukkan 4 cawan air. Tunggu air mendidih. Masukkan kiub ayam, sos dan kicap. 7. Masukkan bebola ikan tadi. Bila bebola ikan timbul, menunjukkan ia sudah masak.
8. Boleh masukkan bihun dan masukkan sayur-sayur. Akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa. 9. Bagi mendidih sekejap, kemudian tutup api. Siap.
Teringin makan murtabak mi segera? Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah, senang sesangat rupanya. Orang-orang bujang mesti suka ni, bahan asasnya hanya mi segera, telur. Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je.. Kalaua nak tahu macam mana masak ini DIY yang Rasa kongsikan dengan korang semua.
MURTABAK MI SEGERA
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi segera kari | celur dan toskan
2-3 biji telur | ikut suka
1 biji bawang besar | potong dadu
Sedikit kubis | hiris halus
Sedikit lobak merah | hiris halus
Sedikit isi ayam | rebus dan carik-carik
2 bijicili padi | hiris halus
Sedikit garam | jika kurang masin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Masukkan mi segera di dalam mangkuk bersama hirisan sayur-sayuran dan cili.
LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan bawang besar dan dan ayam isi yang telah direbus.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk lain kemudian campurkan dengan serbuk kari mi segera dan kacau sebati.
LANGAKAH 4: Tuangkan di dalam mangkuk campuran mi segera dan sayur-sayuran. Kacau rata
LANGKAH 5: Kacau sebati supaya telur sekata.
LANGKAH 6: Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan campuran mi segera. Goreng hingga masak.
Anda ke pasaraya besar, pasti anda pernah terlihat paket-paket mi yang tertulis tulisan UDON. Rupanya seakan laksa yang telah direbus. Kalau nak tahu, Udon adalah sejenis mi yang diperbuat daripada tepung gandum dan berbentuk tebal dan lebar. Ia sangat popular di Jepun. Jika di Malaysia, anda boleh nikmati sajian ini di restoran-restoran yang menjual hidangan dari negara matahari terbit ini.
Nak cuba masak Udon secara homemade? Ini resipi mudah yang boleh anda cuba.
NABEYAKI UDON
BAHAN-BAHAN:
250gm mi udon | boleh didapati di pasaraya
100gm aneka kek dan bebola ikan | dicelur
1 kiub pati ayam
1 batang daun bawang
3 biji cendawan shitake
BAHAN SUP:
500ml air
3 sudu makan kicap jepun ( souyu)
2 sudu teh gula
10 ekor ikan bilis putih
BAHAN HIASAN:
Hirisan rumpai laut
CARA MEMASAK:
Masukkan air, cendawan shitake dan ikan bilis ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 5 minit. Keluarkan cendawan dan ikan bilis.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, daun bawang, kicap jepun dan gula. Sebatikan dan biarkan mendidih sekali lagi.
Angkat dan hidangkan bersama mi udon dan aneka kek ikan yang telah dicelur. Hiaskan dengan hirisan rumpai laut.
Info chef: Untuk lebih enak, boleh ditambah hirisan ayam dan juga telur.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!