Setelah habis makan lauk-pauk yang pedas tu, memang nikmat kalau disusuli dengan sajian pencuci mulut yang manis.
Ni min kongsikan menu pencuci mulut berasaskan coklat, ubi kayu dan epal. Sedap tak terkata, cubalah ya.
1. TAT COKLAT
BAHAN DOH:
125gm mentega
65gm gula ising
125gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1 sudu teh air
BAHAN INTI:
Ads
200gm coklat masakan
230ml krim tenusu
50gm mentega
11/2 biji telur
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
BAHAN HIASAN:
Ising hijau secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. 2. Masukkan kuning telur dan akhir sekali masukkan air bersama tepung. Gaul hingga sebati dan uli sehingga menjadi doh. 3. Letak dalam acuan tart serta bakar kosong selama 15 minit. 4. Untuk membuat inti, panas dan didihkan krim tenusu bersama mentega. 5. Masukkan telur, kuning telur dan esen vanila. Kacau rata dan akhir sekali masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati. 6. Akhir sekali tuangkan bahan inti ke dalam doh tadi dan bakar semula di dalam ketuhar selama lebih kurang 20 minit pada suhu 160ºC. 7. Setelah sejuk, paipkan ising hijau di atasnya sebagai hiasan.
Info chef: Boleh juga hiaskan dengan cip coklat ketika menghidang. Saiz hidangan: 20 orang Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Ada rasa coklat sedap Jenis masakan : Tart Cara memasak : Bakar
2. BRIOCHE INTI COKLAT
BAHAN DOH:
125gm tepung kek
125gm tepung gandum
UNTUK MEMBUAT ROTI:
4gm garam
10gm yis
70gm gula
21/2 biji telur
85gm mentega
BAHAN INTI:
300gm coklat masakan
BAHAN HIASAN:
Coklat masakan
Coklat hiasan warna-warni
CARA MEMASAK: 1. Campur semua bahan dan uli doh. (Doh ini sedikit berat dan padat) 2. Rehatkan doh semalaman dalam peti sejuk atau beberapa jam. 3. Ambil 50 gm doh dan bentukkan bulat dan masukkan 30 gm coklat masakan di dalamnya dan tutup dan bentukkan bulat semula. 4. Letak dalam loyang dan sapu sedikit telur dan rehatkan selama sejam. 5. Kemudian barulah dibakar selama 20 hingga 25 minit 180ºC. 6. Setelah sejuk, hiaskan dengan coklat masakan dan coklat warna-warni di atasnya.
Ads
Info chef: Coklat masakan boleh diwarnakan dengan warna merah jambu jika ingin warna lebih menyerlah. Saiz hidangan: 10 orang Waktu memasak: 2 jam Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Ada kejutan coklat di dalamnya Jenis masakan : kek cawan Cara memasak : Bakar
3. PENGAT UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
11/2 kg ubi kayu | dipotong kecil
1 liter santan
240gm gula pasir
240gm gula merah
1 helai daun pandan
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus ubi kayu sehingga lembut dan ketepikan. 2. Di dalam periuk, masukkan santan bersama dengan daun pandan, gula pasir, gula merah dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. 4. Kemudian masukkan ubi kayu dan masak sehingga beberapa minit. Sedia untuk dinikmati.
Ads
Info chef:Jangan tutup labu dengan penutupnya ketika mengukus. Saiz hidangan: 10 orang Waktu memasak: 2 jam Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Rasa lemak santan dan manis labu Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Kukus
4. APPLE STRUDEL
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus puff pastry segera | boleh dibeli di pasar raya
2 sudu makan gula kastor
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis
2 biji epal hijau | dipotong dadu kecil
1 biji telur
Gula ising secukupnya
Sedikit mentega cair
CARA MEMASAK: 1. Satukan buah epal, tepung gandum, gula kastor dan serbuk kulit kayu manis dalam satu bekas. Gaul rata dan ketepikan. 2. Canai pastri menjadi bentuk memanjang sehingga nipis. Canai perlahan-lahan agar pastri tidak koyak. 3. Masukkan inti epal secukupnya dan gulung. Tekan bahagian hujung adunan dengan kemas agar inti tidak terkeluar semasa proses membakar nanti. 4. Letak pastri di atas loyang yang telah digris dengan mentega cair. 5. Sapukan telur di atas pastri dan taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan juga gula ising. 6. Bakar pada suhu 190’C selama 20 minit atau sehingga pastri bertukar menjadi kuning keemasan. 7. Keluarkan dan sedia dinikmati. Info chef:Enak dinikmati bersama teh O panas. Saiz hidangan: 4-6 orang Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Rasa masam manis Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Belum ada idea nak masak apa untuk lauk makan keluarga hari ni? RASA kongsikan menu Kurma Ayam yang mudah dan ringkas perkongsian Puan Mariana Zainal. Bagi yang baru nak belajar masak pun boleh cuba resipi ni. Sangat senang nak dicuba. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK AYAM MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN:
1/ 2 ekor ayam – potong ikut suka
5 biji ubi kentang – potong ikut suka
2 biji tomato – potong ikut suka
3 cawan santan dari 1 biji kelapa parut – kelapa parut kisar dengan 3 cawan air. perah ambil santan
10 biji padi – hiasan
2 biji cili merah – potong serong (hiasan)
2 senduk minyak masak
3-4 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar -hiris
5 ulas bawang putih -hiris
Sebesar ibu jari halia – hiris
BAHAN PES:
3 paket kecil rempah kurma
1 sudu makan ( rata) garam
1/2 sudu teh bahan perasa ( ajinomoto)
1 keping asam gelugur
3 tangkai daun kari
1/2 cawan air (Kacau semua bahan hingga jadi pes)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak.Tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
Masukkan pes kurma. Tumis hingga betul-betulnaik minyak.
Masukkan ayam dan kentang.Gaul sebati dan masukkan santan.
Bila dah mendidih,kacau-kacau sedikit. Biar mendidih sepenuhnya, ayam dan kentang dan masak serta lembut, masukkan tomato dan cili padi/cili merah. Sesuaikan rasa dengan perasa.
Emping jagung atau popular disebut Cornflakes,bukan sahaja sedap dibuat biskut. Tapi boleh dijadikan ramuan masakan bergoreng. Ayam Goreng Crispy Corflakes ni memang berderap rangupnya.
Resipi dari perkongsian FB Khadijah Jaafar,pengasas Meester Muruku ni menggunakan bahan tepung yang digaul sendiri (bukan tepung segera). Ayam selepas dicelup dengan tepung, telur, lapisan akhir golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. Mana tak krap krup memakannya.
1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab. 2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. 3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk. 4. Celup ayam ke dalam tepung. 5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur. 6. Celup ayam ke dalam telur. 7. Golekkan ayam di dalam cornflakes. 8. Ulang sehingga ayam habis. 9. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.