Setelah habis makan lauk-pauk yang pedas tu, memang nikmat kalau disusuli dengan sajian pencuci mulut yang manis.
Ni min kongsikan menu pencuci mulut berasaskan coklat, ubi kayu dan epal. Sedap tak terkata, cubalah ya.
1. TAT COKLAT
BAHAN DOH:
BAHAN INTI:
BAHAN HIASAN:
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan akhir sekali masukkan air bersama tepung. Gaul hingga sebati dan uli sehingga menjadi doh.
3. Letak dalam acuan tart serta bakar kosong selama 15 minit.
4. Untuk membuat inti, panas dan didihkan krim tenusu bersama mentega.
5. Masukkan telur, kuning telur dan esen vanila. Kacau rata dan akhir sekali masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati.
Info chef: Boleh juga hiaskan dengan cip coklat ketika menghidang.
Saiz hidangan: 20 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Ada rasa coklat sedap
Jenis masakan : Tart
Cara memasak : Bakar
2. BRIOCHE INTI COKLAT
BAHAN DOH:
UNTUK MEMBUAT ROTI:
BAHAN INTI:
BAHAN HIASAN:
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan dan uli doh. (Doh ini sedikit berat dan padat)
2. Rehatkan doh semalaman dalam peti sejuk atau beberapa jam.
3. Ambil 50 gm doh dan bentukkan bulat dan masukkan 30 gm coklat masakan di
dalamnya dan tutup dan bentukkan bulat semula.
4. Letak dalam loyang dan sapu sedikit telur dan rehatkan selama sejam.
5. Kemudian barulah dibakar selama 20 hingga 25 minit 180ºC.
6. Setelah sejuk, hiaskan dengan coklat masakan dan coklat warna-warni di atasnya.
Info chef: Coklat masakan boleh diwarnakan dengan warna merah jambu jika ingin warna lebih menyerlah.
3. PENGAT UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi kayu sehingga lembut dan ketepikan.
Info chef: Jangan tutup labu dengan penutupnya ketika mengukus.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan manis labu
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Kukus
4. APPLE STRUDEL
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan buah epal, tepung gandum, gula kastor dan serbuk kulit kayu manis dalam satu bekas. Gaul rata dan ketepikan.
2. Canai pastri menjadi bentuk memanjang sehingga nipis. Canai perlahan-lahan agar pastri tidak koyak.
3. Masukkan inti epal secukupnya dan gulung. Tekan bahagian hujung adunan dengan kemas agar inti tidak terkeluar semasa proses membakar nanti.
4. Letak pastri di atas loyang yang telah digris dengan mentega cair.
5. Sapukan telur di atas pastri dan taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan juga gula ising.
6. Bakar pada suhu 190’C selama 20 minit atau sehingga pastri bertukar menjadi kuning keemasan.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dinikmati bersama teh O panas.
Saiz hidangan: 4-6 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa masam manis
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar