Hmmmm…Sedapnya Bihun Sup Tulang Power!

Share

Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan tulang direbus selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang dan daging.
  • 1 bungkus bihun

 

BAHAN REMPAH TUMIS:

  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 tangkai cengkih

 

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • ½ batang lobak merah | potong dadu besar
  • 2 biji kentang sederhana besar | potong dadu besar
  • Tomato | potong 4

 

BAHAN SAMBAL CILI:

  • 4 sudu besar serbuk cili | dibancuh dengan sedikit air
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 ulas bawang merah | dikisar
  • ½ biji bawang besar | dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN HIASAN:

  • 200gm lobak masin | dicelur
  • 2 tangkai daun bawang
  • 3 tangkai daun sup
  • Bawang goreng

 

CARA MEMASAK SUP:

1.  Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk

2.  Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak

3.  Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar.

4.  Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.

5.  Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.

6.  Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa

7.  Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

 

 

CARA MEMASAK SAMBAL CILI:

1.  Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.

2.  Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.

3.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.

 

CARA CELUR BIHUN SUP:

4.  Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam

5.  Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.

6.  Kemudian bilas dengan air bersih.

7.  Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup.

Published by
Zera Naim