Kata orang kalau dah rezeki tidak kemana. Berkongsi resipi pun adalah amal jariah, walaupun resipi brownies meletop ni adalah salah satu menu perniagaannya, Asmawati Ayob tak lokek berkongsi resipi.

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.

Siap tunjuk cara step by step membuatnya. Malah di kala PKP ni , jualan dan permintaan untuk brownies tetap ada.

Jom semak resipi dari wanita gigih ini. Kalau ikut teknik yang diberi pasti mudah. Mulakan dengan baca bismillah ya, insyallah menjadi.

BROWNIES MELETOP

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.

Ads

BAHAN-BAHAN :

  • 100gm mentega
  • 100gm gula | tak kisah kastor ke atau kastor, boleh aje
  • 90gm gula perang
  • 2 biji telur grade A
  • 40gm choc chip/coin
  • 1sudu kecil serbuk kopi| apa jenama pun boleh,kalau tak suka pahit2 kopi
  • boleh kurangkn ke 1/2 sdk okay 😘
  • 100gm tepung gandum
  • 40gm serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil garam

*adunan ni cukup untuk utk loyang 7×7 inch. Asmawati buat dua loyang jadi gandakan adunan.

CARA MEMASAK :
1. Satukan mentega, gula dan gula perang didalam kuali. Nyalakn api kecil. Kacau sampai rupa mcm ni. Sampai nmpk mcm ada minyak2 naik tepi2 atas tu kan,dah cun la tu. Tutup api. Jgn smpai didih ok.

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.
2.Tunggu kejap dlm 7 -8 minit camtu bg suam2 panas sikit baru kita masuk telur. Kalau masuk telur cepat sgt time panas,karang jd brownies telur dadar pulak kamu niiii!🤭

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.
3. Proses2 seterusnya ni tak perlu buka api dah ok. Teruskan mengacau dlm kuali yg sama ni ja ok. So now masukkan telur. *jgn konfius..ni sy buat 2 adunan…tu pasal ada 4biji. 
4. Masukkan choc chip.

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.

5. Kacau-kacau lagi smpai choc chip tu cair n adunan kita dh jd kaler gelap.

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.
6. Tambah serbuk kopi segera,tak kisah brand apa. Kopi perlu utk naikkan rasa ummph coklat kita tadi. Kemudian kacau sekata.

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.

Ads

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.
7. Pastu masukkan tepung gandum,serbuk koko dan garam. Kacau-kacau semua perlahan2. Jangan kasar sangat, comot pulak dapur jadinya nanti

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.
8..Haaa,dh kacau sebati jadilah macam ini, bolehlah panaskan oven sementara kita nak masuk loyang sempatlah oven ready panas.

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.
9. Masukkan dlm loyang 7×7 inch. Bakar suhu 180°C 35minit…plus minus time dia bergantung jenis oven

Home Baker Ini Tunjuk Langkah Buat Brownies Meletop. Resipi Dia Buat Berniaga.
10.Siap. Tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang dan potong.

Ads

Kredit foto & resipi : Asmawati Ayob

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :

https://www.rasa.my/resipi-kek-buah-kukus-legend/

DAN JUGA VIDEO INI ;

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI