Kata orang kalau dah rezeki tidak kemana. Berkongsi resipi pun adalah amal jariah, walaupun resipi brownies meletop ni adalah salah satu menu perniagaannya, Asmawati Ayob tak lokek berkongsi resipi.
Siap tunjuk cara step by step membuatnya. Malah di kala PKP ni , jualan dan permintaan untuk brownies tetap ada.
Jom semak resipi dari wanita gigih ini. Kalau ikut teknik yang diberi pasti mudah. Mulakan dengan baca bismillah ya, insyallah menjadi.
BROWNIES MELETOP
BAHAN-BAHAN :
*adunan ni cukup untuk utk loyang 7×7 inch. Asmawati buat dua loyang jadi gandakan adunan.
CARA MEMASAK :
1. Satukan mentega, gula dan gula perang didalam kuali. Nyalakn api kecil. Kacau sampai rupa mcm ni. Sampai nmpk mcm ada minyak2 naik tepi2 atas tu kan,dah cun la tu. Tutup api. Jgn smpai didih ok.
2.Tunggu kejap dlm 7 -8 minit camtu bg suam2 panas sikit baru kita masuk telur. Kalau masuk telur cepat sgt time panas,karang jd brownies telur dadar pulak kamu niiii!🤭
3. Proses2 seterusnya ni tak perlu buka api dah ok. Teruskan mengacau dlm kuali yg sama ni ja ok.
5. Kacau-kacau lagi smpai choc chip tu cair n adunan kita dh jd kaler gelap.
6. Tambah serbuk kopi segera,tak kisah brand apa. Kopi perlu utk naikkan rasa ummph coklat kita tadi. Kemudian kacau sekata.
7. Pastu masukkan tepung gandum,serbuk koko dan garam. Kacau-kacau semua perlahan2. Jangan kasar sangat, comot pulak dapur jadinya nanti
8..Haaa,dh kacau sebati jadilah macam ini, bolehlah panaskan oven sementara kita nak masuk loyang sempatlah oven ready panas.
9. Masukkan dlm loyang 7×7 inch. Bakar suhu 180°C 35minit…plus minus time dia bergantung jenis oven
10.Siap. Tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang dan potong.
Kredit foto & resipi : Asmawati Ayob
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :
https://www.rasa.my/resipi-kek-buah-kukus-legend/
DAN JUGA VIDEO INI ;