Homemade Coklat Ferrero Rocher Raya, Jimat & Gerenti Anak Suka.

Share

Teruja tak kalau orang boleh buat sendiri coklat Ferrero Rocher. Sebenaranya taklah susah sangat untuk buatnya dan bolehlah anda semua jadikannya sebagai juadah raya paling cepat licin balang kuih raya ada. Silap-silap belum sampai petang raya, coklat dah habis. Nak tau macam mana buat, ikut je resipi yang dikongsikan di bawah ini:-

COKLAT FERRERO ROCHER
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega | suhu bilik
150gm gula kastor
1 biji kuning telur
30gm serbuk roti | warna kuning
100gm serbuk badam
100gm tepung jagung
300gm tepung gandum
250gm badam | sangai dan cincang
300gm coklat masak
1 biji putih telur
BAHAN INTI:
300gm Hazelnut | panggang

CARA MEMBUAT:

  1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung.
  2. Kemudian campurkan dengan serbuk roti dan serbuk badam ke dalam tepung. Ketepikan.
  3. Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga kembang.
  4. Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  5. Bulat-bulatkan doh sebesar guli dan masukkan kacang Hazel di dalamnya sebagai inti, kemudian celup dalam putih telur dan golekkan ke dalam padam cincang.
  6. Letakkan atas dulang pembakar, bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu165C selama 25-30 minit (ikut oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum disalut dalam coklat masak yang dicairkan.
  8. Masukkan dalam coklat masak yang telah dicairkan dengan sedikit mentega, kemudian masukkan dalam papercup.
  9. Biarkan sejuk, baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Kredit @resepiorangkita

Published by
webadmin