Homemade Corned Beef Pie Ala Jamayah

Share

Homemade Corned Beef pie. Sesekali nak layan selera barat pulak apa salahnya kan? Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Jamayah Yahod.

Kalau nak makan di restoran makanan barat, harganya faham-faham sendiri lah ye. Jadi, nak jimat bajet, baik buat sendiri di rumah. Boleh makan puas-puas bersama keluarga. Betul tak?

Homemade Corned Beef Pie

Bahan Untuk Kulit Pai:

Ikg tepung gandum – boleh beli online di sini

450gm mentega – boleh beli online di sini

1 sudu teh garam – boleh beli online di sini

300ml air sejuk ais

4 biji telur (dua ambil kuningnya saja. Selebihnya dipukul untuk dituang ke dalam pai nanti)

Sedikit pewarna kuning

Bahan Inti:

2 atau 3 tin corned beef (dihancurkan)

10 biji kentang (potong dadu)

3 batang lobak merah (potong dadu) – boleh beli online di sini

4 labu bawang besar (potong dadu)

5 ulas bawang putih (cincang)- boleh beli online di sini

Daun sup/daun bawang (dihiris)

Ajonomoto (pilihan) – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Cili merah (hiris halus) – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Untuk membuat kulit pai; Gaul tpg gandum, mentega dan garam hingga jadi macam serbuk roti. Masukkan air sejuk dan uli hingga jadi doh lembut. Tutup dengan plastik dan ketepikan.

Untuk membuat inti; Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masuk bawang besar, kacau hingga wangi.

Kemudian masuk kentang dan lobak merah. Kacau lagi dan biar seketika.

Setelah itu, masukkan corned beef, daun sup/daun bawang, cili merah, garam dan sedikit ajinomoto jika suka. Kacau rata. Kemudian tutup api. Sejukkan.

Bentukkan doh bulat-bulat. Bahagikan kepada lapan bahagian. 4 biji doh besarkan sedikit daripada 4 biji doh lain.

Ambil 1 biji doh besar, canaikan bulat dan letak dalam loyang pai yang telah disapu minyak masak. Ratakan dan cucuk dengan garfu sekelilingnya.

Kemudian masuk inti dan ratakan. Tuangkan sedikit telur yang telah dipukul tadi. Cucuk dengan garfu lagi.

Canai doh yang kecil sedikit dan tutup atas pai tadi. Ratakan dan tekan dengan garfu tepi dan sekelilingnya. Sapu dengan kuning telur.

Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180°C selama 45 minit  atau hingga masak. Gunakan api atas bawah.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa