Harga cream cheese, boleh tahan harganya. Sekali sekala beli tak menjadi masalah tapi kalau selalu beli parah juga sebab sekarang ni dah menjadi trend apapun makanan atau sos yang ada cheese mesti ramai yang suka. Mak-mak jangan risau kalau anak-anak memang ‘hantu’ sos keju. Apa kata buat sendiri cream cheese secara homemade, lebih jimat, murah dan terjamin kebersihannya.
LANGKAH 1: Sediakan 3 Bahan Utama
Sebenarnya banyak je cara nak buat cream cheese ni, tapi ini yang paling murah dan sedap. Ia hanya memerlukan tiga bahan utama, iaitu susu segar, jus limau nipis/lemon. Semua bahan ni mudah dibeli. Perlu diingat pastikan anda menggunakan susu penuh krim kerana ia mempengaruhi tekstur cream cheese yang dihasilkan. Untuk jus limau nipis/lemon, jika tidak ada, anda boleh gunakan cuka.
Ads
LANGKAH 2: Panaskan Susu Hingga Panas & Masukkan Jus Limau Nipis/lemon
Untuk hasil 225gram cream cheese, panaskan 1 liter susu dengan api sederhana, biarkan susu panas tetapi tidak sampai susu mendidih ye. Cukup sekadar susu berwap atau ada tanda gelembung kecil di tepi periuk, segera kecilkan api. Campurkan tiga sudu makan jus limau nipis/lemon. Jus limau ini akan menjadikan susu menjadi berketul-ketul keju. Masukkan jus secara sedikit demi sedikit, kemudian kacau perlahan. Jika nampak gumpalan, masukkan lagi jus. Lakukan sehingga susu menjadi ketulan keju dan air terpisah di dalam periuk.
LANGKAH : Tapis Ketulan Keju Dengan Kain Nipis
Tapi gumpalan keju dengan air tadi menggunakan kain putih nipis. Biarkan selama 15 minit sehingga gumpalan keju benar-benar kering.
Ads
LANGKAH 4: Kisar Gumpalan Keju
Gumpalan keju yang telah kering dimasukkan ke dalam blender atau foof processor, kemudian tambahkan sedikit garam. Kacau rata hingga menjadi krim lembut. Untuk cream cheese yang lebih creamy boleh tambahkan whipping Cream, dan kacau lagi. Setelah siap cream cheese sedia dipelbagaikan kegunaan ikut cita rasa anda. Sama ada dijadikan campuran cream untuk kek dan roti ia juga boleh dijadikan sos pencicah dengan mencampurkan serbuk cili, serbuk lada hitam hirisan daun bawang atau parsly. Terpulang kepada kreativiti.
Ads
Jika Cream Cheese belum sedia digunakan anda simpan di dalam freezer. Ia boleh tahan selama 7-10 hari.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila sayur murah, mulalah nak beli banyak untuk stok, tapi masalahnya sayur terutama berdaun hijau mudah layu dan tak tahan lama. Jangan risau ada cara tangani masalah ini, selain sayur segar segala zat terkandung dalam sayur juga tak hilang.
Simpan sayur dalam peti sejuk adalah cara terbaik, tapi kena tahu cara menyimpannya ye. Paling mudah adalah dengan membalut sayur dengan kertas (elakkan surat khabar) kerana kertas akan menyerap wap air dalam peti sejuk dan sayur bertahan lebih lama.
Jika terus simpan menggunakan plastik pembungkus, sayur tidak bernafas, gas di dalamnya akan mempercepatkan proses sayur menjadi busuk.Namun cara terbaiknya, beli sayur ikut keperluan harian dan terus dimasak. Tetapi kesibukan membantaskan anda, jadi info ini diharapkan membantu ye…
Selalunya kalau masak telur mesti kita akan buang sahaja kulitnya tapi mesti tidak sangka yang kulit telur ada fungsinya. Lepas ni jangan buang! Ia boleh dijadikan racun untuk menghalau serangga atau binatang kecil seperti tikus, lipas dan semut merayap mencari makanan di dalam dapur anda. Namun racun ni selamat dan tidak berbahaya. Jadi sesuai sangat guna di kawasan dapur.
Petua mudah ini dikongsi oleh saudari Abel Lione Karia melalui akaun facebook.
Syukur Alhamdulilah… hari ini saya nak berkongsi petua untuk halau segala benda merayap sekitar rumah hanya menggunakn kulit telur.. kita banyak gunakan telur kan?? tapi terus buang kulitnya. ok sekarang jangan buang sebab ia sangat berguna untuk djadikan ubat halau benda yang menjadi perosak contohnya lipas, semut, lipan, anai-anai, tikus dan ular serta yangg sewaktu denganya. Saya sudah cuba buat Alhamdulilah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur sudah tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.
CARA MUDAH MEMBUAT ‘RACUN SELAMAT’ UNTUK HALAU SERANGGA PEROSAK
1. Cuci bersih kulit telur yang sudah tidak digunakan. Selepas itu jemur sampai kering.
2. Kemudian kulit telur ditumbuk halus.
3. Simpan dalam botol untuk djadikan stok racun kepada perosak disekitar rumah nanti.
INFO:Hanya taburkan serbuk telur dikawasan yang menjadi laluan serangga atau binatang kecil.
Biasanya dapur di rumah jarang bersih berkilat begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Melihat perkongsian Dapur Pak San yang berkilat macam baru ini mesti ramai yang tertanya-tanya apa tip yang digunakan. Ini cara yang beliau kongsi.
Guna cara ini supaya dapur bersih, berkilat macam baru
Ramai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Ini caranya;
1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.
2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.
3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur (boleh lihat gambar di atas)
4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.
5. Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.