‘Homemade’ French Fries, Sesedap Rasa & Garing Rangup

Share

Suka makan french fries (kentang goreng). Yang jual kat kedai segera tu banyak perasa MSGnya. Tapi kalau buat sendiri dah tentu bebas perasa.

Ni min kongsikan resipi dari Wan Muhammad Hafiz Satar. Kalau tengok tekniknya kentang tu digaul tepung ubi, biar rangup rasanya. Tambah pulak cili flakes, memang padulah rasanya. Jom buat sendiri boleh makan masa mengadap tv nanti.

HOMEMADE FRENCH FRIES



.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 5-6 biji kentang (dikupas)
  • Garam Secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Satukan serta kacau air bersama gula dlm bekas dan ketepikan sebentar. Nak lebih rangup Dan kurang serap minyak.. Tambah kan sedikit air kapur makan.

2.Kemudian hiris kentang saiz sederhana, jangan terlalu nipis. Agak-agak saiz macam French Fries Kat McD.


.

3.Masukkan kentang yang dah dipotong tadi ke dalam air gula, rendam selama 30 minit dan simpan di dalam peti sejuk.

4.Didihkan air dan masukkan 1 sudu kecil garam.

5.Setelah itu, masukkan kentang yang telah disimpan dalam peti sejuk tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan pula dengan 1 sudu makan minyak masak.

6. Tutup api dan toskan kentang biarkan ia suam-suam dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk (bahagian beku).

7. Biarkan ia beku selama 3 jam dahulu barulah digoreng.

8. Wan Muhammad, stail menggorengnya gaul dulu kentang dengann tepung ubi dan Cili flake utk rasa rangup.


.

KREDIT : wan muhammad hafiz satar

Published by
Faridah Talib