Homemade Kari Bebola Daging Yang Sedap & Senang, Sesuai Untuk Mak-Mak Sibuk.

Share

Jom rajinkan diri di hujung minggu ni, kita buat sendiri bebola daging kemudian masak kari Ala India yang sedap menjilat jari. Rasa bebola daging yang berjus dengan limpahan kuah kari, memang sesuai dimakann dengan nasi putih dan dicicah dengan pelbagai roti. Anda yang ingin mencuba, berikut dikongsikan resipinya:-

KARI BEBOLA DAGING 

BAHAN-BAHAN:
BEBOLA DAGING:

  • 500gm daging kisar
  • 2 biji bawang besar | dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 1 sudu makan garam masala | untuk campuran kofta
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
  • Garam secukupnya
    KUAH:
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2cm halia | kisar halus
  • 3 ulas bawang putih | kisar halus
  • 1/2 cawan yogurt
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1sudu teh serbuk cili
  • 1sudu teh serbuk cili
  • 1sudu teh garam masala
  • 1biji tomato | potong dadu kecil

CARA MEMASAK:
1. Campurkan daging cincang semua bahan bebola daging dalam mangkuk, gaul rata dan sebati.
2. Bulat-bulatkan sebatian daging kisar dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga keperangan, kemudian tambahkan bawang putih dan halia kisar.
4. Terus goreng lebih kurang dua minit lagi.
5. Seterusnya, campurkan serbuk ketumbar, kunyit, jintan manis, cili dan garam masala, tambahkan sedikit air dan kacau rata. Ketepikan.
6. Sementara itu panaskan minyak, tumiskan pes masala yang siap dicampurkan tadi.
7. Tumis hingga pecah minyak, kemudian tambahkan dengan yogurt dan tomato yang telah dipotong dadu.
8. Tambahkan satu cawan air suam dan perasakan dengan garam secukupnya.
9. Akhir sekali masukkan bebola daging yang telah digoreng tadi, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
10. Tutup api, kari bebola daging sedia dihidangkan bersama nasi putih atau roti.

 

Published by
Norasida Myasin