Homemade Ketupat Sotong Kelantan, & Sedap Tak Terkata.

Share

Belum cuba belum tahu, bila sudah cuba teringin nak lagi. Itulah gambarannya bila anda yang belum cuba makan atau menganggap sotong tak sesuai dijadikan hidangan oembuka selera atau pemanis mulut yang lemak manis rasanya. Tapi percayalah bila sudah makan baru tahu rasanya. Sedap sungguh ye, tak percaya cubalah buat kerana resipinya ada dikongsikan di bawah.

KETUPAT SOTONG VERSI KELANTAN


BAHAN-BAHAN: ( Untuk 10 orang makan)
4 kg sotong | saiz XXL
1kg pulut susu
8 keping kecil gula Melaka.
3 helai daun pandan
Lidi pencungkin gigi secukupnya.
1kg santan caiar
1kg santan pekat

CARA MEMBUAT:

  1. Siang sotong dan buang kulit dan mata.
  2. Basuh dengan air garam dan toskan.
  3. Basuh pulut susu dan toskan.
  4. Siatkan daun pandan dan letakkan pada bahagian bawah periuk.
  5. Masukkan sedikit santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut yang telah dibasuh tadi dan gaul sebati. Rasa dahulu untuk pastikan cukup rasa masinnya.
  6. Masukkan pulut dalam badan sotong, tinggalkan suku ruang untuk ruang pulut mengembang.
  7. Jangan terlalu sendat atau longgar memasukkan pulut, bimbang sotong akan pecah semasa dimasak nanti.
  8. Sumbatkan kepala sotong di bahagian atas dan kemaskan dengan mencucuk lidi secara menyilang pada kepala dan badan sotong supaya lekat dengan kemas.
  9. Setelah siap masukkan dalam periuk dan letakkan periuk atas dapur tanpa nyalakan api. Dahulu.
  10. Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campurkan setengah cawan air ke dalam santan, Tak perlu kacau.
  11. Masukkan gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu dipecah.
  12. Hidupkan api sederhana dan tunggu hingga gula Melaka hancur dan santan sedikit pekat.
  13. Setelah cukup rasa manisnya dan santan sedikit pekat tutup api.
  14. Ketupat Sotong sedia dihidangkan.

Kredit : Dapur Resipi Pikat Selera.

Published by
webadmin