
Buat sendiri je nugget ayam ni. Boleh dapat banyak dan boleh ikut citarasa sendiri. Paling penting terjamin kebersihan dan status halalnya. Jika suka nugget tempura, tukarkan serbuk roti degan tepung goreng ayam.
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping Isi ayam |hiris dan kisar
- 2 biji telur
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar |optional
- 1 sudu teh lada putih
- 3 Sudu besar Tepung Gandum atau breadcrumbs.
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan dan kukus.Anggaran 1/2 masak

2. Kemudian bentukkan mengikut kesukaan. Jika suka cheese, boleh campurkan dalam isi ayam.

3. Setelah siap, celupkan dalam telur dan kemudian gaulkan dengan breadcrumbs

4. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.

Kredit : Nor Azliza Ismail
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Popcorn Caramel Homemade, Masak Guna Periuk Je

Sedapnya Popcorn Caramel perkongsian Chef Garang ni. Bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas dan anda sendiri boleh cuba buatnya di rumah. Jangan risau, alatan memasaknya juga mudah. Cukup sekadar ada periuk dan ketuhar. Dah boleh buat snek ni untuk kudapan suami dan anak-anak. Jom lihat cara-caranya!
RESIPI POPCORN CARAMEL HOMEMADE ALA GARRETT

BAHAN-BAHAN:
- 2/3 cawan minyak jagung – beli online disini
- 1/3 cawan salted butter / mentega bergaram
- 3 cawan mushroom popcorn kernel – beli online disini)
- (Nisbahnya 1:3 = 1 bahagian minyak : 3 bahagian kernel jagung)

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak jagung dan mentega.
2. Masukan 2 -3 biji kernel jagung. Biarkan dalam 10 saat. Bila dah keluar bertih bermaksud minyak sudah cukup panas.
3. Masukan semua kernel jagung. Tutup periuk dan biarkan 30 saat. Kemudian alihkan periuk dari api seketika. Biarkan dalam 30 saat lagi.
4. Letak periuk kembali di atas api. Pegang periuk dan goncangkan sedikit supaya minyak dan bertih jagung rata.
5. Biarkan dalam 30 saat hingga kesemua kernel jagung bertukar menjadi popcorn.

BAHAN-BAHAN KARAMEL:
- 1 cawan gula perang – beli online disini
- 125gm mentega
- 1/2 cawan susu pekat manis – beli online disini
- 1/2 sudu teh baking soda – beli online disini
- Kekacang (walnut/badam) – dibakar terlebih dahulu
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, susu pekat manis dan baking soda. Kacau rata.
2. Gaulkan bersama popcorn dan juga kekacang yang telah dibakar hingga rata.
3. Ambil parchment paper dan lapik di atas dulang pembakar. Tuang popcorn yang digaul caramel tadi. Ratakan.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit.
5. Sejukkan popcorn sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Chef Garang
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sedap! Resipi Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras, Snek Istimewa Sempena Deepavali

Pernah cuba Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras? Resipi yang dikongsi Puan Moganavallay Nagarajan ini, boleh dikatakan snek atau kuih yang sedap dan dihidang ketika perayaan Deepavali. Sempena Deepavali yang bakal menjelma, RASA kongsikan resipi Ketti Urundai yang mudah yang boleh anda cuba. Jom kita buat!
RESIPI KETTI URUNDAI @ KUIH BEBOLA KERAS YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2kg kacang hijau – beli online disini
1kg kacang tanah – beli online disini
1 cawan dhal kacang kuda yang sudah digoreng (yang mentah pun boleh)
1 cawan beras – beli online disini
*Sangai kesemua bahan berasingan dan biar ia sejuk
CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar kacang hijau pertama kali dan buang kulit. Selepas tu kisar sekali lagi sehingga 90% halus.
2. Buang kulit kacang tanah dan kisar kasar.
3. Kemudian, kisat beras sehingga 90% halus.
4. Gaul sama semua bahan (tinggalkan sedikit tepung beras untuk guna kemudian) dalam satu bekas bersama kacang dhal kuda. Ketepikan dahulu.
5. Masak sira gula merah.
BAHAN SIRA GULA MERAH:
1 ½ kg gula merah – beli online disini
1 sudu serbuk pelaga
1 sudu serbuk halia kering – beli online disini
Secubit garam
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan sira gula merah yang masih panas dalam adunan. Gaul cepat-cepat dan buat bebola sederhana besar.
2. Jaga-jaga tau, kita cuma boleh buat bebola semasa sira gula merah masih panas. Selepas sudah buat bebola, golek-golekkan bebolanya dalam tepung beras yang diasingkan tadi.
3. Kena pandai agak masa untuk buat bebola ni (untuk senangkan proses ini, biar ada pembantu)
4. Ulang proses ini hingga habis. Siap.
*Untuk 2kg kacang hijau, dapat lebih kurang 100 biji Kuih Keras/Ketti Urundai.
Kredit resipi: Moganavallay Nagarajan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
10 Resipi ‘Indian Food’ Sedap & Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali
Sedap & Mudah. Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Istimewa Sempena Deepavali
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kubis Kukus Gulung Berkeju, Sesuai Untuk Yang Tengah Diet

Resipi Kubis Kukus Gulung Berkeju yang mudah, lazat dan halal. Hidangan ini juga sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Sihat dan mengenyangkan. Bukan itu saja, orang yang tak makan sayur pun mesti suka dengan hidangan ini.
Tambahkan keenakan hidangan ini dengan kepingan keju Anchor Cheese Slices yang diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Kami kongsikan resipi penuh untuk anda cuba nanti.

KUBIS KUKUS GULUNG BERKEJU

BAHAN-BAHAN:
- 5-6 keping kobis panjang/bulat
- 6-8 keping Anchor Cheese Slices
- 400gram daging kisar
- ½ biji lobak merah – parut halus
- 4 biji cendawan shiitake – hiris
- 3 ulas bawang putih – cincang halus
- 2 tangkai daun bawang – cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap soya cair
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh minyak bijan
- Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Celur kepingan kobis hingga sedikit layu (dalam 10-15 saat) lalu toskan (buang lebihan air).
- Di dalam mangkuk, satukan daging kisar, cendawan shiitake, parutan lobak merah, cincangan daun bawang, bawang putih cincang, sos tiram, kicap soya cair, minyak bijan, tepung jagung, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul rata.
- Ambil sekeping kobis yang telah dicelur tadi, letak sesudu inti lalu gulungkan dengan rapi dan susun di dalam pinggan tahan panas.
- Kukus gulungan kobis selama 8 minit.
- Keluarkan pinggan berisi kobis gulung, susun kepingan Anchor Cheese Slices diatas gulungan kobis. Kukus kembali selama 1-2 minit. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

