Homemade Pandan Kaya Sedap, Bersih & Tiada Pengawet

Share

  

Bau pandan dan rasa lemak pandan kaya menambahkan lagi enak bila makan dengan roti bakar.

HOMEMADE PANDAN KAYA

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 3 biji telur #
  • 1 cawan gula pasir #
  • 1 cawan santan pekat,#
  • 2 sudu tepung jagung #
  • 1 sudu kecil pandan paste (untuk warna hijau, tapi kalau hendak biarkan warna coklat cukup masukkan daun pandan)#

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk atau pan. Masak hingga jadi gula hangus atau karamel. (jangan hangus sangat nant pahit). Sudah masak biarkan sejuk.
  2. Semua bahan-bahan bertanda # dikisar.
  3. Campurkan kedalam air gula hangus yang telah sejuk.
  4. Kacau diatas dapur dengan api yang kecil hingga pekat.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama roti.

INFO: Sejukkan dulu baru beru disimpan dalam bekas kedap udara.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Wan Pah 

Published by
Zera Naim