Selalunya kalau yang tengah nak berdiet tu mesti perkara pertama sekali dalam list beli-belah nak beli peanut butter tuk makan masa sarapan. Phewww, mahal kot, lagi nak diet lagi mahal pulak. Terpaksa lah beli yang murah dengan rasa yang sangat manis dan tak sihat langsung!
Ada satu cara yang boleh membantu masalah macam ni, buat sendiri peanut butter HOMEMADE ni ha. Nak beli mahal kan, resepi sangat senang je rupanya. Bahan pun sihat. Yang penting sukat mengikut sukatan yang kamu inginkan!
Meh kita tengok kat bawah cara nak buat.
Bahan-Bahan:
500 gram kacang tanah – sangai tanpa minyak, buang kulit.
Madu asli
Virgin Olive oil
Garam bukit – garam biasa pun boleh. Kalau dapat garam bukit lagi cun, lebih sihat.
Cara-Cara:
1) Blend kacang yang sangai dengan buang kulit tadi, tambah secubit garam. Pakai blender kering tu. Letak kacang separuh bekas blender tu je. Jangan penuh. Blend sehalus-halusnya tau.
Ads
2) Baru masukkan olive oil dengan madu. Ni korang pandai-pandai agakla. Kaknaz letak 1 sudu besar olive, 1 sudu besar madu setiap kali blend. Kalau dapat kacang fresh dia keluar minyak sendiri, boleh kurangkan olive oil ni. Kacang kaknaz takmo terbit-terbit minyak dia. Sikit nau dia keluar. Tu taruk lebih sikit.
Ads
3) Kalau yang suka rasa chunky-chunky, boleh masuk kacang blend kasar tu sikit. Wallah! Syok gigit.
Siap! Boleh masuk botol. Nak tahan lama boleh simpan dalam fridge ok. Kalau boleh botol tu steril dulu.
Senang tak? Dah, tak yah bazir duit beli mahai-mahai, buat sendiri je. Kita boleh adjust manis masin sendiri. Lagi sihat sebab pakai madu, garam bukit ngan virgin olive oil, kan? 😍
Kali ini RASA ingin kongsikan 5 jenis lauk berasaskan ayam yang sedap. Senang juga nak dimasak. Bolehlah simpan resipi ni dan cuba masak bila-bila anda rasa ingin cuba masak ya.
AYAM PERCIK PASAR MALAM
.
BAHAN-BAHAN
• 7 tangkai cili kering
• 1 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 2 batang serai
• 1 inci lengkuas
• 1 keping gula melaka
• 3 sudu besar madu
• 3 sudu besar sos cili
• Garam secukupnya
• Setengah ekor ayam
CARA MEMBUAT
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan lengkuas.
2. Masukkan dalam kuali tanpa minyak. Tambah kan air.
3. Masukkan gula melaka, madu, sos cili dan garam. Bila mendidih, masukkan ayam.
4. Masak sampai ayam setengah masak, kemudian panggang ayam. Ayam dah kering, celup dalam sos and sambung panggang atau bakar.
5. Ulang step celop dan bakar sampai puas hati.
Resipi oleh Zara Zulfa dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
AYAM MASAK KICAP PEKAT MELEKAT
.
BAHAN-BAHAN
• 8 ketul ayam (digoreng agak garing, ketepikan)
• 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
• Sos tiram
• Kicap
• Gula
• 1 labu bawang besar potong bulat
• Cili padi atau cili besar (dihiris)
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan merah kecil.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan gula. Kacau.
3. Masukkan ayam, bawang besar dan cili. Kacau rata seketika. Matikan api.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Soo Lee Hin dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
AYAM KOREA CRISPY
.
BAHAN-BAHAN
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak
• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.
3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.
6. Masukkan bijan dan gaul sebati.
8. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Resipi oleh Rebecca Melessa dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
AYAM GORENG PEDAS CENCALOK
.
BAHAN GORENG
Minyak masak
8 biji bawang merah (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
BAHAN KISAR
8 biji bawang merah (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar)
3 batang serai (kisar)
BAHAN LAIN
500 gram ayam (potong kecil)
1/2 cawan cencalok (toskan airnya)
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air
2 biji cili merah (hiris)
2 biji cili hijau (hiris)
1 sudu kecil gula
3 biji limau kasturi (perah jusnya)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng hirisan bawang merah dan bawang putih. Angkat dan toskan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut. Gaul rata.
4. Masukkan air asam dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang sudah digoreng tadi dan juga hirisan cili merah serta cili hijau. Kacau rata.
6. Perlahankan api. Masak sehingga pekat. Akhir sekali masukkan gula dan jus limau kasturi. Kacau sekejap dan angkat. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
AYAM GORENG KUNYIT
.
BAHAN-BAHAN
• isi ayam potong kecil kecil #
• 1 sudu besar tepung jagung #
• 1 sudu kecil serbuk kari #
• 1 sudu besar serbuk kunyit #
• 1 sudu kecil garam #
• halia (kisar halus) #
• minyak masak
• bawang holland
• kacang panjang
• lobak merah
• bunga kobis
• cili besar
CARA MEMBUAT
1. Satukan bahan-bahan bertanda #. Gaul ayam dengan bahan-bahan ini sampai sebati.
2. Panaskan minyak masak. Minyak kena banyak biar ayam tenggelam.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Bila ayam sudah masak, masukkan sayur-sayuran. Goreng seketika.
Tip: Halia tu dikisar halus. Itu yang menambah sedap.
Resipi oleh Nur Haziqah dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Pernahkah terjadi bila anda membeli susu segar atau susu penuh krim yang masih belum tamat tempoh tetapi terasa masam apabila hendak diminum? Pasti kecewa bukan? Namun jangan buang! Susu tersebut masih boleh diolah menjadi Keju Cottage yang enak. Barulah tidak membazir. Jom lihat cara-cara yang dikongsi oleh saudari Eyda Sukiman.
CARA-CARA BUAT KEJU COTTAGE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: Susu segar / susu penuh krim – tidak semestinya susu rosak. Boleh juga guna susu yang masih segar 2 sudu makan cuka (beli online disini) Cheese cloth @ kain untuk tapis keju Garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan susu di dalam periuk hingga mendidih. Ingat, susu tak perlu rosak pun, cuma dalam kes empunya resipi ni, susu dibeli sudah rosak. Jadi untuk tidak membazir, beliau jadikan sebagai keju.
2. Bila susu sudah mula nampak mendidih dan sedikit berketul, tambahkan cuka. Jika tiada, boleh gantikan dengan perahan lemon.
3. Setelah dimasukkan cuka, kacau-kacau sekejap supaya ketulan keju terapung. Waktu ini ada akan 2 lapisan. Bahagian bawah adalah air dan bahangian atas adalah ketulan keju. Padamkan api.
5. Pastikan air betul-betul sejat. Boleh juga diperah hingga air betul-betul kering. Waktu ini keju dalam bentuk ketulan @ gumpalan yang sempurna dan tidak berderai.
6. Masukkan keju kembali ke dalam kain dan rendam ketulan keju dalam air garam (kalau nak masin) sekitar 2 jam. (empunya resipi tidak rendam. Beliau masukkan garam dalam susu)
7. Perah keju sekali lagi bagi membuang lebihan air garam.
8. Keju Cottage siap untuk dinikmati.
INFO:
Keju ini mempunya rasa yang sedap dan lemak berkrim.
Ia boleh dinikmati bersama roti, dijadikan sandwich, pizza, kek, topping salad dan sebagainya. Terpulang pada selera masing-masing.
Boleh juga dimasukkan ke dalam kari. Sedap katanya.
Cara penyimpanannya ialah disimpan dalam peti sejuk. Boleh tahan lebih kurang seminggu.
Ayam masak merah antara lauk yang disukai dari dulu sampai sekarang. Sesuai dengan peredaran zaman, cara memasaknya juga berubah dengan penambahan sos yang pelbagai.
Tapi jika mahu resipi orang lama, yang lebih asli boleh ikut perkongsian dari Tengku RosElyza Raja Muhammad. Tak guna sos yang banyak, untuk menghasilkan kuah ayam masak merah yang sedap dan pekat resipi ini menggunakan santan.
Resipi ayam masak merah orang dulu-dulu
Bahan-bahan
½ ekor ayam – lumur kunyit & garam, goreng separuh masak
2 senduk kecil cili kering kisar
2-3 sudu besar sos cili (guna cap arnab lebih sedap!)
½ kotak santan
1-2 cawan air
2 biji tomato – potong
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai – diketuk
Bunga lawang dan kayu manis
Bahan kisar
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan hiris
2 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama serai, bunga lawang dan kayu manis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata.
4. Tambahkan santan dan air. Kacau dan biarkan mendidih supaya kuah mesra dengan ayam.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan tomato.
6. Renehkan sehingga kuah pekat dan cantik berkilat. Siap untuk dihidang!
TIP EKSTRA
– Untuk rasa lebih mantap, perap ayam dengan sedikit serbuk ketumbar sebelum digoreng.
– Kalau nak kuah lebih pekat, boleh tambah sedikit kerisik.
– Lauk ini lebih padu bila dipanaskan semula!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.