Homemade Pes Ala Mi Samyang Original. Pedas Berapi, Makan Tanpa Rasa Was-Was!

Share

Penggemar mi samyang kalau tak cukup bajet nak beli boleh cuba resipi pes ala-ala samyang ni. Sesuai juga untuk dimakan bersama nasi goreng ala Korea atau makan bersama mi. Yang penting ada rasa pedas berapi makan tanpa ragu-ragu. Selamat mencuba!

RESIPI PES ALA SAMYANG

Goreng telur mata, tabur bijan. Kalau ada seaweed lagi best!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ulas bwg putih dicincang
  • 1/2 cawan minyak msak
  • 6-7 sudu besar serbuk cili
    (dibancuh dengan sedikit air,jadikan pes)
  • Sedikit kicap manis
  • 1 kiub pati ayam
  • Cili padi merah 7-8biji(klau suka pdas blh tmbh lg bnyk😅)**cili padi cincang halus**
  • Garam & gula secukup rsa

CARA-CARA:

  1. Panaskn minyak,jgn terlalu pnas tkot bwg putih cpt hangit..msukkn bwg putih+cili padi..tumis agak² kuning
  2. Masukkan kiub aym,kcau sekejap..msukkn pes cili
  3. Masak api kecil smpi agak² ilang bau cili tu ckit
  4. Masuk kicap manis utk kaler,bg mcm gelap ckit..jgn bnyk sngt,dlm 1sb
  5. Perasakan dgn garam & gula
  6. Tunggu sejuk taburkn sedikit bijan yg disangai
    SIAP👌

Kongsi resipi: Nor Azilah Rashid

 

Published by
Mastura Abu Kassim