Bekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Tambah pula bula puasa dah dekat, yang memerlukan anda masak dengan cepat tetapi sedap untuk keluarga. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa… inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je!
Jimat masa dan mudah sangat, takdelah nak memasak baru nak kopek bawang!.. Macam-macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Jom lihat bahannya:
Pes Ikan Bakar
1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
Ads
Pes Sambal Tumis
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
Pes Gulai Ikan
1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya
Ads
Kuah Black Pepper
1. Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll)
Pes Nasi Goreng Ikan Bilis
1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.
Ads
Pes Asam Pedas Tumis
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dlm minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
Selamat mencuba!
Kongsi resipi : Sapina Shahabudin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa tidak kenal dengan kuih dorayaki. Kuih yang menjadi kegemaran doraemon. Kuih ini mempunyai rasa yang menggoda. Ia seperti lempeng. Dengan rasanya yang manis dan tekstur yang lembut menjadikan kuih ini ramai peminatnya. Kali ini min kongsikan resipi dorayaki oreo yang tentunya lazat rasa.
Dorayaki Oreo
1 paket oreo (rasa original), pisahkan krim dan biskutnya
1 butir telur
3/4 sudu teh baking powder
85 ml susu cair coklat
Krim oreo
50gm whip cream
100ml air
Krim
Masukkan semua bahan ke dalam chopper, kisar sampai kembang, kemudian simpan di dalam peti sejuk.
Dorayaki
Masukkan biskut, baking powder, telur dan susu ke dalam chopper.
kisar sampai halus, biarkan 30 minit.
Siapkan kuali, sapu dengan minyak, lalu sapu dgn tisu. Tuang adunan oreo di atasnya,
biarkan hingga berlubang, lalu balik. Sajikan dengan krimnya.
Sempena cuti sekolah ni , dikongsi cara buat mi ayam , menu asli cina yang ringkas tapi cukup menyelerakan dan pasti disukai anak-anak. Rasanya tidak pedas dan sesuai juga buat yang sedang diet. Untuk rasa yang pedas, boleh tambah hirisan cili padi.
MI AYAM CINA
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam
2 biji bawang besar Holland ] dihiris bulat
4 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih ] dikisar
4 biji bawang merah ] dikisar
1cm halia ] dikisar
1cm lengkuas ] dikisar
1 sudu teh biji ketumbar ] dikisar
2 batang serai ] ketuk
4 helai daun limau purut
1 paket An’Nur Mee Wantan Sup ] dicelur hingga lembut
2 paket An’Nur Perencah Sup
Sedikit Pak Choy ] dicelur
1 biji telur ] direbus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan rebus ayam sehingga masak. Asingkan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Tambahkan sedikit air, ayam dan perencah sup An’Nur. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi wantan. Letakkan isi ayam, pak choy dan telur rebus.
Andai berkunjung ke Thailand atau ke negeri-negeri sempadan negara gajah putih seperti Kelantan dan Kedah, jangan lupa untuk mencuba Nasi Air Thai. Kombinasi rasa pedas, masam…memang terbaik! Pendek kata, sekali cuba memang akan teringat-ingat.
NASI AIR SIAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras
Air secukupnya ( jumlah air yang biasa untuk masak nasi)
1 cawan air rebusan tulang/daging
3 hirisan halia | titik
2 ulas bawang putih | titik
1 batang serai | titik
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN SUP:
5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia | titik
2 ulas bawang putih | mayang halus
3 ulas bawang merah | mayang halus
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN
6 ekor udang | dicelur
2 ekor sotong | dicelur
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawnag
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk sup dan juga memasak nasi).
Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam di dalam periuk beras.
Masukkan pula air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan tulang/daging bersama sup bunjut
Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Tuangkan sup dan sedia dihidangkan. Enak jika perah sedikit jus limau nipis sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Anda yang alahan makanan laut, boleh tukar dengan ikan bilis dan daging goreng.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.