Homemade Roti John Cheese Leleh Inti Lebih, Memang Padu Sedapnya.

Share

Terasa nak makan Roti John tak perlu tunggu bulan puasa atau ke Pasar Malam. Sekarang ni waktu PKP Pasar Malam pun tak buka, penyelesaian terbaik anda buat sahaja sendiri Roti John. Sangat mudah dan korang boleh letak inti dan cheese lebih kut cita rasa banyaknya. Barulah rasanya lebih sedap dan puas hati makan anak beranak. Untuk resipinya, berikut disertakan di bawah.

ROTI JOHN:
BAHAN-BAHAN:

4 biji telur | pukul


1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 biji bawang besar | potong dadu
2 biji bawang putih | potong dadu
Roti panjang | belah 2
Kubis | hiris nipis
Beberapa keping cheese
Mayonis secukupnya
Sos cili secukupnya
Ayam kisar/daging kisar
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya

CARA MEMBUAT:
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam kisar, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya.

2. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
4. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti tadi. Kacau rata hingga sebati.


6. Belah roti kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus ye.
7. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat.
8. Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang atau kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkam seketika.

9. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi.
10. Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
11. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat
12. Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis.
13. Potong la roti pada beberapa bahagian.
14. Setelah siap, Roti John sedia dihidangkan

Kredit resipi & foto:  Iza Abu Bakar

Lagi resipi berkaitan:

 

Published by
webadmin