Buat Tokoyaki sendiri, macam tak percayakan? Tapi ini bukan mustahil kerana Puan Liza ni, dah buat dan menjualnya lebih sembilan tahun. Malah beliau sudi pula berkongsi resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah. Moga perkongsian resipi ini menjadikan rezeki Puan Liza bertambah ye..
TAKOYAKI
BAHAN-BAHAN (26-30 biji)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
1 3/4 cawan air
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1 sudu teh garam 2 sudu makan minyak masak 1 sudu teh paking powder BAHAN INTI : Sotong/ udang/ crab stick/ sosej Daun bawang | hiris nipis Kobis bulat | mayang halus Carrot diparut halus BAHAN SOS TAKOYAKI: 1/2 cawan sos tomato 1/2 cawan air 1/2 cawan kicap kipas udang 1 sudu makan tepung jagung 1/2 cawan gula Madu secukupnya BAHAN HIASAN: Sos Tokoyaki Mayones Bonito Flakes | boleh beli di pasar di bahagian makanan Jepun atau di shopee. CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan-bahan dalam besar.
- Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut
- Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
- Sediakan bahan inti pula.
- Panaskan acuan takoyaki (boleh cari di shoppe) dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
- Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
- Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej di setiap lubang.
- Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.
- Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
- Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan.
- Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
- Renjis-renjiskan dari masa ke masa minyak masak di celah-celah acuan.
- Teruskan sampai nampak garing
- Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
- Untuk sediakan sos, campur semua bahan dalam periuk, kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.
- Angkat, tambahkan madu dan gaul rata. Bila sejuk masukkan dalam botol sos untuk mudah drizzle atas Tokoyaki nanti.
- Drizzle sos Tokoyaki, mayones di atas Tokoyaki dan hias di atasnya dengan bonito flakes
Kredit : kakliza