Tidak semua peminat durian, seperti perkongsian resipi dari kak Rahila ni, dari belasan tahun tidak makan durian tetapi suami dah suka perlulah dipenuhi dan dituruti kata sayang kan! Resipinya mudah dan sedap nak pula guna pulut hitam, bikin terliur sahaja selamat mencuba!
RESIPI SERI MUKA DURIAN PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BAWAH (pulut):
- 1 1/2 cawan beras pulut putih
- 1/2 cawan beras pulut hitam
- santan kotak 200ml
- daun pandan
CARA MEMASAK:
- Rendam 1 1/2 cawan beras pulut putih dgn 1/2 cawan beras pulut hitam selama 2-3 jam. Toskan airnya dan gaul beras pulut dengan sedikit garam, ratakan dalam loyang atau Tupperware
- Akak ratakan dalam loyang kemuadian, tuang santan tinggi sikit je dari paras pulut. (akak guna santan kotak 200 ml dan tambah air 1/2 cawan) Letak daun pandan dan kukus sampai masak.
- Keluarkan pulut, akak ratakn dlm Tupperware (xda kerja)…padatkan. Kukus balik dalam 5 minit dan buat adunan atas pula.
BAHAN ATAS:
- *2 1/2 cawan tpg gndum
- *1/2 cwn tpg kastad
- *1 sdb tpg beras
- *Garam
- *1 cawan gula aising
Semua bahan bertanda * perlu diayak dan baru tuang - 2 cawan santan
- 2 cawan air
- Pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Sebatikan bahan dan tuang dalam pengisar
- Tambahkan 1 cawan penuh isi durian, kisar halus dan tuang dalam kuali
- Panaskan sebentar sahaja cukup sekadar kuali panas. Angkat dan tuang atas pulut, kemudian kukus selama 20-25 minit, buka penutup dan kukus lagi selama 5 minit. Biar sejuk betul baru potong (ikut manis citarasa sendiri ya)
Kongsi resipi: Rahila Laila