Hydeout, Tempat Lepak Nikmati Steak dan Makanan Sarawak Terbaik

Share

 

Ramai yang menggemari hidangan daging premium tapi sedia maklum harganya mahal. Jangan risau. Kini anda ada peluang menikmati steak dengan daging terbaik pada harga sangat berbaloi. Di sebalik itu, boleh juga mencuba makanan Sarawak. Kalau nak tahu, restoran Hydeout di Mont Kiara ini diusahakan oleh Imelda Harris yang pernah menyertai program Masterchef suatu ketika dulu.

 

HIDANGAN SEDAP

Antara menu yang menarik di sini adalah Premium OP Rib Steak. Dagingnya diperap dan dibakar dengan sempurna. Korang boleh pilih nak sos creamy peppercorn atau classic brown sauce. Harganya hanya RM25 setiap 100 gram.

Pernah makan laksa Sarawak bersama lobster? Di Hydeout segalanya mungkin. Harganya hanya RM78 satu hidangan. Korang trylah. Memang sedap sungguh.

Satu lagi yang korang kena try adalah Nasi Aruk Sirloin. Harga RM32 sepinggan. Kata Imelda, ini adalah nasi goreng biasa saha. Tapi nasi goreng biasa ini dijadikan istimewa dengan disatukan bersama daging bakar sirloin, ulam dan sambal belacan.

Paling tak tahan adalah pencuci mulutnya. Kepingan Chocolate Crepes yang tak kedekut coklat ini hanya RM12 setiap satu. Menikmatinya memang meleleh rasa coklat tu. Sedapnya ya ampun!

Kalau anda ingin menikmati hidangan premium pada harga berbaloi, datanglah ke Hydeout Mont Kiara.

Lokasi: Kiara Walk Kiara Designer Suites, Jalan Kiara 3, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11 pagi – 1 pagi setiap hari

Published by
Maryam Elyas