Ribbon Shokupan Bread, Super Lembut Dengan Kaedah Buat Ala Jepun

Share

Roti Shokupan…shokupan tu dalam bahasa Jepun bermaksud roti kosong atau roti biasa @ plain bread. Menurut Fatin Damia dalam laman FB nya roti shokupan ini biasanya menggunakan susu dan sedikit whipping cream .


Tekstur roti ini sangat lembut di dalam dan garing di luar. Roti Jepun ini dibuat menggunakan kaedah Yudane, iaitu kaedah pembuatan roti cara orang Jepun yang dohnya dibuat dari air panas mendidih dan tepung.

Dalam resipi ini Fatin menggunakan susu panas yang dituangkan dalam tepung dan dohnya dimasukkan dalam plastik untuk disimpan dalam peti sejuk semalaman.

Ujar Fatin lagi pembuatan roti menggunakan kaedah Yudane ini sangat popular di Jepun. Paling best kaedah ini menjadikan roti lebih halus dan lembut lebih lama walaupun setelah roti sejuk. Katanya lagi,”Permukaan roti tidak disapu kuning telur tetapi cukup hanya ditaburkan sedikit tepung di atasnya”.

Jom kita cuba resipi roti shokupan, ni resipi yang dikongsikan Fatin Damia @ kakak cantik

RIBBON SHOKUPAN BREAD


BAHAN-BAHAN :

Bahan( Yudane Method ) :

  • 1/2 cawan tepung roti
  • 30ml susu full cream yang telah dididihkan.

** tuang susu panas ke dalam tepung dan gaul sebati. Masuk dalam plastik dan biarkan semalaman dalam peti ais.

Bahan doh :

  • 200gm tepung roti – beli online DI SINI
  • 40gm gula pasir – beli online DI SINI
  • 110ml susu full cream
  • 20ml whipping cream
  • 30gm vegetable shortening -beli online DI SINI
  • 1 sudu besar yis – beli online DI SINI
  • Secubit garam

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Campurkan gula dan yis ke dalam susu. Tunggu sehingga berbuih.
.
2. Setelah berbuih, tuang semuanya ke dalam tepung. Masukkan bahan bahan ‘Yudane Method’ yang telah disejukkan semalaman tadi.


.
3. Kemudian masukkan garam, whipping cream. Uli lebih kurang 7 minit kemudian masukkan vegetable shortening. Uli lagi sampai semua adunan kalis dan tak melekat di jari.
.
4. Rehatkan doh lebih kurang 1 jam. Setelah 1 jam, buang angin dalamnya dan bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai dan bentukkannya sesuai selera.
.
5. Setelah siap dibentuk, rehatkan doh lagi lebih kurang 15 minit dan taburkan sedikit tepung di atasnya dan bakar suhu 180 darjah celcius lebih kurang 15-20 minit mengikut oven masing masing.

6. Setelah masak, sejukkan roti sebelum dihidangkan. Memang berbaloi lah dicuba.

Kredit foto & resipi : Fatin Damia

 

NAK CARI OVEN YANG BOLEH BAKAR ROTI CANTIK DAN RANGUP, NI DIA BANYAK PILIHAN DI SINI.

JOM SEMAK VIDEO MASAKAN YANG MENARIK NIH :

ANDA JUGA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI -RESIPI INI :

 

Published by
Faridah Talib