Siti Hajar Masran melalui facebook berkongsi resipi membuat pankek. Menariknya resipi pankek ini dibuat ala pankek dari restoran makanan segera terkenal.

Ni resipi untuk minum petang tadi, tapi boleh la korang nak buat untuk breakfast esok pun boleh. Stay at home, tapi fefeeling breakfast kat mekdi

PANKEK GEBU GEBAS ALA MEKDI

Ibu Ini Kongsi Resipi Pankek Gebu Gebas Ala Mekdi, Pikat Selera Anak

IKLAN

BAHAN A
– 2 biji kuning telur
– 1/2 cawan susu segar
– 2 sudu besar gula
– 1 sudu teh esen vanilla
– 1 sudu besar minyak
– Secubit garam
– 1/2 cawan tepung gandum
– 1 sudu teh serbuk penaik

BAHAN B
– 2 biji putih telur ayam
– 1 sudu besar gula

IKLAN

 

Ibu Ini Kongsi Resipi Pankek Gebu Gebas Ala Mekdi, Pikat Selera Anak

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Campurkan semua BAHAN A kecuali tepung gandum dan serbuk penaik. Whisk.
2. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Campurkan pada bahan yang dipukul tadi dan gaul sebati.
3. Pukul BAHAN B sehingga menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, aduan tak jatuh)
4. Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A sedikit demi sedikit dengan menggunakan teknik kaup balik sehingga sebati.
5. Panaskan non stick pan, sapu sedikit butter.
6. Tuangkan adunan dan terbalikkan bila nampak keperangan.
7. Angkat apabila sudah masak dan hidangkan dengan favourite topping. Misalnya madu, butter, maple syrup atau coklat.

Resipi oleh Siti Hajar Masran
Link: https://www.facebook.com/jajaxerul/posts/10216316278130664

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI