Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo ini dikongsi oleh emak kepada Cikgu Afy Al Habibi. Patutlah setiap resipi yang beliau kongsi di media sosial, nampak sedap dan membuka selera. Rupanya ada tip dan petua disebalik masakan.

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

Kali ini beliau berkongsi petua dan resipi Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo yang diambil dari ibunya di kampung. Tip dari orang dulu-dulu ni memang menjadi.

Nampak simple sangat, tapi terbukti sedap hasilnya. Petua-petua ini memang berharga dan tiada dijual dalam buku melainkan perkongsian dari orang-orang tua sendiri. Rugi kalau orang-orang muda tak cuba dan simpan.

 

TIP MASAK GULAI KUNING IKAN TONGKOL @ IKAN AYO YANG SEDAP

Janganlah tengok sampai habis resepi lengkap cikgu ni kalau tengah jaga badan. Aha… resipi mengundang nasi tambah berkali-kali. Resipi dari Kelantan yang cikgu belajar dari mok. Gulai Kuning Ikan Ayo (tongkol). Ada dua cara mok ajar. Tapi cikgu kongsi dulu versi tumis. Apa-apa tips mok bagi memang cikgu ikut. Bukan senang nak mewarisi ilmu masakan mok cikgu yang banyak pengalaman tu. Selalu kalau dapat rahsia dari mok, cikgu cepat-cepat catat. Sangat berharga dan susah nak dapat. Silakan beberapa tips mok untuk dicuba bagi menyedapkan masakan gulai tradisi ini.Cikgu Afy Al Habibi

 

TIP GULAI KUNING IKAN AYO:
1. Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.
2. Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.
3. Nak kuah pekat dan sedap, gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.
4. Bungkus nasi bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka bungkusannya.
5. Padankan dengan sambal dan hirisan timun sebagai pelengkap hidangan.

 

RESIPI GULAI KUNING IKAN TONGKOL @ IKAN AYO

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan tongkol saiz XXL
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1 kotak kecil santan pekat – beli online DISINI
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Sedikit air rebusan ikan
  • 1 keping kecil nise kelatan @ gula melaka – beli online DISINI
  • Gula @ gula perang secukup rasa
  • Garam bukit secukup rasa – beli online DISINI
  • Sedikit minyak masak

BAHAN KISAR LUMAT:

  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 hiris lengkuascikgu guna lebih untuk menaikkan rasa lengkuas yang sedap

BAHAN SAYUR:

  • 1 batang timun – hiris
  • 3-4 tangkai kacang panjang – potong kecil
  • 1-2 biji terung – hiris
  • 5-6 tangkai cili padi

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga kekuningan. Masukkan cili kering kisar.

IKLAN

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

2. Masukkan juga serbuk kunyit.

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

4. Petua mak untuk menaikkan aroma gulai: masukkan 1/2 sudu makan serbuk kari.

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

5. Tumis lagi sehingga pecah minyak untuk mendapatkan kuah gulai yang cantik dan menaikkan aroma masakan.

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

6. Seterusnya masukkan santan pekat diikuti dengan air dan air asam jawa. Tambahkan juga sedikit air rebusan ikan.

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

7. Perasakan dengan nise Kelantan. Jika tiada, boleh guna gula melaka. Masukkan juga garam bukit, gula putih atau gula perang dengan secukup rasa.

IKLAN

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

8. Masukkan ikan tongkol yang telah direbus. ( Klik untuk ketahui Cara-Cara Rebus Ikan Tongkol)

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

9. Bila kuah mula pekat, masukkan hirisan terung terlebih dahulu. Masak seketika barulah dimasukkan hirisan timun, kacang panjang dan cili padi.

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

10. Tunggu 2-3 minit sebelum dipadamkan api. Lihat hasilnya, isi ikan tidak hancur.

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

11. Gulai Kuning Ikan Tongkol sedia untuk dinikmati.

IKLAN

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

Tercari-cari KUALI NON -STICK yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sup Telur Chinese Style. Simple, Jimat & Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Confirm Sedap & ‘Juicy’

Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah. Lebih Sedap & Mudah Masak.

Resipi Kek Chiffon Pandan Guna Sukatan Cawan. Lembut Macam Kapas!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI