Cuaca sekarang memang tersangatlah panas. Bayangkan dapat pula minum Ice Milk Green Tea ditengah-tengah cuaca panas yang membahang, alangkah nikmatnya. Biasa kalau beli macam tak puas pula minum, apa kata kita buat sendiri sahaja Ice Milk Green Tea di rumah. Bukan kita sahaja boleh minum tapi seisi keluarga. Boleh cuba buat ikut resipi Feedy.
RESIPI ICE MILK GREEN TEA
BAHAN-BAHAN:
Serbuk teh hijau (Chatramue Brand)
Susu sejat (krimer cair) – beli online
Susu pekat manis – beli online
Gula – beli online
Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik.
2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.
3. Kemudian tapiskan. Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml.
4. Masukkan 2 sudu besar gula, kacaukan.
5. Masukkan 2 sudu susu pekat manis dan kacau lagi.
6. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi. Tak tukar pun tidak mengapa kalau gelas tadi sudah besar.
7. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecahkan kecil-kecil Kalau beli ais kiub, pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh.
8. Akhir sekali tuang susu sejat (krimer) di bahagian atas sekali. Yang ini tiada sukatan. Ikut suka. Jangan terlalu banyak, nanti hilang pula rasa green tea (teh hijau). Siap! Bolehlah dihidangkan pada tetamu.
Sumber kredit: Feedy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official