Rendang antara menu sinonim dengan Hari Raya, namun hidangan boleh juga dinikmati pada bila-bila masa kerana ia merupakan sajian kegemaran rakyat Malaysia. Sarapan, makan tengahari bahkan makan malam, semuanya sesuai.

Dikala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai dikalangan kita yang mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan makanan. Nah…salah satu ideanya yang boleh anda niagakan adalah aneka rendang ni la.
Selain ayam dan daging, macam-macam lagi rendang yang anda boleh masak untuk diniagakan.

Nampak lain dari yang lain kan? Jom cuba! Puan Norasida Mohd Yasin kongsikan resipinya. Memang sangat sedap dimakan dengan nasi putih, pulut kuning, roti, dan macam-macam lagi.

 

1. RENDANG TOK

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN A (PERAPAN DAGING):
1kg daging potong kiub |3cm X3cm

BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
4cm halia
4cm lengkuas
3cm kunyit hidup
6 batang serai

BAHAN SANGAI & KISAR:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan ketumbar
2 sudu makan lada hitam
5 ulas buah keras

BAHAN B:
500ml santan kotak / 2 biji santan kelapa
5 sudu makan kerisik
5 sudu makan gula melaka | diracik halus
2 sudu makan pes air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN C (REMPAH PENUMIS):
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
1 helai daun kunyit | jika suka
1/2 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan bahan kisar halus dengan bahan rempah ratus yang disangai tadi.
2. Perapkannya sekurang-kurangnya sejam atau semalam lagi baik (tetapi simpan dalam peti sejuk).
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan C bersama daun pandan hingga wangi.
4. Masukkan bahan A (daging yang telah diperap), tambahkan air secukupnya untuk mengempukkan daging.
5. Setelah daging empuk, tambahkan ke dalamnya santan dan air asam jawa.
6. Kemudian tambahkan kerisik, daun kunyit, garam, gula dan gula melaka secukup rasa.
7. Kecilkan api, biarkan rendang terus mereneh sehingga garing dan bertukar warna coklat kehitaman dan timbul minyak.
8. Tutup api, Rendang Tok sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Rendang ini jika dimasak hingga kering, ia boleh tahan 3-4 hari tanpa di panaskan dan disimpan dalam bekas yang bertutup.
Saiz hidangan: 12 orang
Anggaran kos: RM45

 

2. RENDANG MINANG AYAM

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | lebih kurang 1 1/2 kg & potong kecil
400 ml santan kotak/ 1 biji santan kelapa
1 helai daun kunyit | hiris
5 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
3 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
5 biji cili merah
2 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4cm halia
4cm lengkus
4cm kunyit hidup
5 ulas buah keras

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan ayam, kacau rata dan tutup kuali atau periuk. Kacau sekali sekala.
3. Tumis hingga ayam kecut dan air ayam kering.
4. Masukkan santan, asam gelugor, daun kunyi dan daun limau purut. Kacau dan biarkan mereneh.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Bila kuah semakin pekat, kecilkan api.
6. Terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
7. Tutup api, dan Rendang Minang sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Redang ini tidak menggunakan kerisik, tetapi ia memerlukan lebih santan pekat.
Saiz hidang: 12 orang
Anggaran kos: RM25

 

3. RENDANG CILI PADI AYAM KAMPUNG

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | potong kecil dan bersihkan
300ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 helai daun kunyit| carik-carik
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:
25 biji cili padi
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan air ayam keluar dan ayam kecut.
3. Jika ayam masih liat tambahkan sedikit air.
4. Apabila ayam empuk, masukkan santan, serai, daun kunyit dan asam gelugor.
5. Setelah kuah pekat, masukkan kerisik, kacau rata.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, kecilkan api.
7. Biarkan rendang mereneh hingga timbul minyak.
8. Tutup api. Rendang Cili Padi Ayam Kampung sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika ingin pedas boleh tambah cili atau kurangkan cili jika tidak mahu pedas.
Saiz hidangan: 8 orang
Anggaran kos: RM25

 

4. RENDANG CAMPUR

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
300gm daging tetel |rebus dan hiris
300gm paru |rebus dan potong dadu
300gm limpa | rebus dan potong dadu
500ml santan pekat
4 sudu makan kerisik
4 sudu makan pes cili kering
2 keping asam gelugor
4 batang serai | titik
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4cm kunyit hidup
2 batang serai

BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali dan tumis rempah penumis. Kacau seketika dan masukkan bahan kisar. Tumis lagi hingga wangi.
2. Masukkan pula pes cili. Terus kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging cincang, paru dan limpa yang telah direbus tadi. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan santan, kacau rata. Tambahkan, asam gelugor dan serai titik.
5. Renehkan atas api sederhana hingga kuah pekat.
6. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api dan terus kacau hingga timbul minyak. Taburkan hirisan daun kunyit.
8. Gaul rata dan tutup api. Redang Campur sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Daging tetel, paru dan limpa perlu rebus supaya empuk dan lebih cepat dimasak.
Saiz hidangan: 10 orang
Anggaran kos: RM35.

 

5. RENDANG PEDAS UDANG

IKLAN

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
2 kg udang kertas saiz XL | buang kulit
500ml santan pekat
1 keping asam gelugor
4 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik-carik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam kuali, serai titik dan daun kunyit yang dicarik dan disimpulkan. Renehkan sambil kacau hingga kuah pekat.
2. Masukkan asam gelugor dan udang yang telah dibersihkan.
3. Kecilkan api dan terus kacau dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
4. Setelah rendang masak dan timbul sedikit minyak. Tutup api.
5. Rendang Pedas Udang sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Rendang Pedas ini juga tidak menggunakan kerisik.
Saiz hidangan: 12 orang
Anggaran kos: RM70

 

6. RENDANG KERANG DAUN KUNYIT

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
3kg kerang | rebus dan buang kulit
300ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit | mayang halus
4 batang serai | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
2 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan hirisan serai hingga wangi.
2. Masukkan santan dan asam gelugor. Biarkan mereneh. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik.
3. Terus kacau dan masukkan kerang. Kecilkan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah cukup rasa, taburkan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api.
5. Rendang Kerang sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Kerang dimasukkan kemudian untuk mengekalkan rasa manisnya.
Saiz hidangan : 12 orang
Anggaran kos: RM45

 

7. RENDANG LIMPA BEREMPAH

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
1 kg limpa | rebus dan hiris lebar
300ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 keping asam gelugor
2 sudu makan hirisan gula melaka
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai

BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jitan putih
1 sudu makan lada putih

BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 ulas buah pelaga
6 ulas bunga cengkih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan bahan sangai kisar kasar. Kacau rata hingga garing.
3. Seterusnya masukkan pes rempah (campuran kari daging yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili).
4. Apabila pecah minyak, masukkan limpan yang teleh direbus empuk tadi. Kacau rata dan tambahkan santan dan asam gelugor.
5. Renehkan atas api sederhana hingga kuah pekat. Tambahkan kerisik ke dalamnya, kacau lagi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Setelah cukup rasa dan timbul minyak, tutup api.
7 . Rendang Limpa Berempah sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain limpa hati dan paru juga sedap dimasak dengan menu ini.
Saiz hidangan: 12 orang
Anggaran kos: RM35

 

8. RENDANG LENGKUAS KAMBING

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging kambing | potong dadu kecil dan cuci bersih
400ml santan
1 mangkuk lengkus | parut, perah airnya
4 sudu makan kerisik
1 keping asam gelugor
4 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | mayang halus
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak

IKLAN

BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
4cm kunyit hidup
2 batang serai
3 biji buah keras

BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
5 ulas bunga cengkih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi dan masukkan bahan kisar. Kacau rata.
2. Masukkan lengkuas parut yang telah dibuang airnya.Tumis hingga garing dan timbul minyak.
3. Masukkan daging kambing. Gaul sebati dan biarkan daging kecut.
4. Jika daging masih liat tambah air. Renehkan seketika.
5. Setelah empuk, tambahkan santan di dalamnya bersama asam gelugor dan serai yang dititik.
6. Apabila kuah pekat, masukkan pula kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api, biarkan rendang mereneh seketika.
8. Tutup api dan Rendang Lengkuas Kambing sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Untuk hilangkan bau hamis, gaulkan daging dengan tepung gandum, perap lima minit, kemudian cuci bersih dan tos sebelum sedia dimasak.
Saiz hidangan: 12 orang
Anggaran kos: RM40

 

9. RENDANG BEBOLA DAGING

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
1 kg bebola daging | kelar-kelar
300gm santan pekat
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
1 keping asam gelugor
3 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4cm kunyit hidup
2 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan serai titik hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar tumis lagi hingga garing dan masukkan pes cili kering. Kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan bebola daging, kacau rata dan masukkan santan pekat.
4. Setelah mereneh, masukkan asam gelugor dan kerisik. Kecilkan api dan biarkan mereneh sambil sentiasa kacau.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa, tutup api.
6. Rendang Bebola Daging sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Rendang ini lebih sedap jika dibiarkan sedikit berkuah, supaya ia dapat meresap dalam bebola daging.
Saiz hidangkan: 8 orang
Anggaran kos: RM20

 

10. RENDANG HITAM DAGING

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | hiris, cuci dan tos
300ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan kicap manis
2 sudu makan sos tomato
1 keping asam gelugor
3 batang serai titik

BAHAN HIRISAN:
5 ulas bawang merah
5 ulasa bawang putih

BAHAN KISAR HALUS:
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia

BAHAN SANGAI & KISAR
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam

BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging dalam mangkuk bersama separuh bahan kisar serta bahan goreng sangai, kicap pekat, kicap cair dan sos tomato.
2. Gaul rata, kemudian perap sekurang-kurangnya satu jam (letakkan dalam peti sejuk).
3. Panaskan minyak, tumis serai titik bersama rempah penumis dan bahan hirisan hingga wangi.
4. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
5. Seterusnya masukkan daging. Kacau rata dan biarkan daging kecut dan airnya kering.
6. Jika masih liat tambah sedikit air, renehkan 10-15 minit.
7. Setelah air kering, masukkan santan dan asam gelugor.
8. Apabila kuah pekat, tambahkan kerisik dan gula melaka.
9. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tambah lagi kicap jika perlu.
10. Setelah cukup rasa dan timbul minyak , tutup api.
11. Rendang Hitam Daging sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Lebih lama daging diperap ia lebih sedap.
Saiz hidangan: 12 orang
Anggaran kos: RM40

 

11. RENDANG JERING DAGING KISAR

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
1kg jering tua | buang kulit luar dan kulit ari.
150gm daging kisar
400ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu makan rempah kari
2 sudu makan pes cili kering
3 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai

REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawing
5 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Rebus jering hingga empuk, kemudian tos dan titik. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis serai titik dan rempah penumis hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar Bersama pes cili, kacau rata.
  4. Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
  5. Seterunya masukkan daging kisar, kacau lagi hingga daging kisar bertukar warna.
  6. Masukkan jering yang telah dititik tadi Bersama asam gelugor.
  7. Kacau rata dan masukkan santan pekat dan biarkan mereneh atas api sederhana.
  8. Perasakan dengan garam dan gula serta kerisik.
  9. Setelah kuah pekat dan cukup rasa, tutup api.
  10. Rendang Jering sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain rebus jering boleh juga digoreng sebelum dititik. Ikut mana yang mudah.
Saiz hidangan : 10 orang.
Anggaran kos RM30.

 

12.RENDANG CILI PADI AYAM BERSAMA NANGKA

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam potong sederhana | cuci bersih dan tos
500gm nangka muda| rebus empuk dan tos
300ml santan
3 sudu makan kerisik
1 keping asam gelugor
4 batang serai | titik
1 helai daun kunyit |hiris halus
3 helai daun limau purut | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
3cm kunyit hidup
3cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih.
  3. Gaul rata dan biarkan ayam kecut dan air ayam kering.
  4. Masukkan santan dan nangka yang telah direbus, serai dititik dan asam gelugor.
  5. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk dan kuah pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan gula, kemudian masukkan kerisik. Terus kacau.
  7. Taburkan hirisan daun kunyit dan limau purut. Gaulkan sekejap.
  8. Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Lebih enak jika menggunakan ayam kampung atau ayam tua.
Saiz hidangan : 10 orang.
Anggaran kos RM25.

 

13. RENDANG TELUR PUYUH DENGAN TEMPE

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
50 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
2 keping tempe | potong dadu
200ml santan
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN HIRIS:
4 ulas bawang merah
2 batang serai

BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
3 cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng telur puyuh yang telah direbus tadi, kemudian diikuti tempe.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis bahan hiris hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Kacau rata, masukkan pes cili. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan santan, biarkan kuah mereneh dan pekat.
  6. Masukkan telur puyuh dan tempe goreng.
  7. Gaul rata, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Setelah cukup rasa dan pecah minyak. Tutup api, rendang sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Telur puyuh boleh ditukar dengan telur ayam dan tempe juga boleh ditukar dengan tauhu, terpulang pada citarasa.
Saiz hidangan : 8 orang.
Anggaran kos: RM15.

 

14. RENDANG FILET AYAM DENGAN KENTANG

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

BAHAN-BAHAN:
500gm filet ayam | hiris memanjang
1 biji kentang | buang kulit dan hiris memanjang
200 ml santan kotak
2 helai daun limau purut | mayang halus
2 batang serai | titik
2 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:
4 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3cm kunyit hidup
2 batang serai
2 helai daun limau purut
3 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan filet ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus.
  2. Panaskan minyak, goreng filet ayam (asal masak saja), angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian goreng pula kentang. Ketepikan.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan serai hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar serta pes cili kering.
  6. Kacau rata hingga bahan tumis pecah minyak.
  7. Masukkan santan pekat, kacau dan masukkan pula ayam dan kentang goreng tadi.
  8. Biarkan mereneh hingga kuah pekat seperti rendang,
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  10. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, taburkan hirisan daun limau purut tadi.
  11. Gaul rata dan tutup api, rendang sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Rendang ini tidak menggunakan kerisik, sebaliknya hanya menggunakan santan pekat semata. Jika tidak suka daun limau purut boleh tukar dengan daun kunyit.
Saiz hidangan : 8 orang
Anggaran kos: RM15

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kek Marble Klasik Lembut & Gebu Tanpa Guna Ovalette

Guna 3 Bahan Je. Ini Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Super Lazat & Mudah

Nak Niaga Makanan? Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan & Jual Secara COD

Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI