Bazar Ramadan secara fizikal memang tidak dibenarkan pada tahun ini ekoran wabak Covid-19. Jadi kalau rindu dengan menu bazar, apa kata kita buat sendiri secara homemade. Boleh juga jadikan aktiviti memasak pada bulan puasa ini sebagai aktiviti rutin seisi keluarga.

Selamat berbuka puasa semua!

RESIPI 1
NASI KERABU

BAHAN NASI BIRU
1 genggam bunga telang
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rendaman bunga telang
5 helai daun limau purut ~ di koyak-koyak
1 batang serai ~ di titik
garam secukup rasa

CARA MEMASAK NASI BIRU
1. Bunga telang, cuci bersih. Masukkan dalam bekas berisi air dan ramas-ramas. Biar seketika.
2. Kemudian tapis, beras di cuci bersih. Toskan. Tuangkan air rendaman bunga telang
3. Biar sebentar hingga warna serap pada beras.
4. Masukkan serai, daun limau purut dan garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa.

BAHAN DAGING BAKAR
500 gram daging batang pinang | cuci bersih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih

BAHAN KISAR DAGING BAKAR
3 tangkai cili kering | potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
1 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK DAGING BAKAR
1. Daging dicuci bersih dan toskan.
2. Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih.
3. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumat lumurkan pada daging.
4. Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman. Esoknya, bolehlah bakar.
5. Anda boleh bakar dengan ketuhar atau menggunakan dapur arang. Kalau nak bakar dalam magik pan pun boleh.

BAHAN GULAI TUMIS
1 cawan santan pekat
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
1 cm halia
1 batang serai | dititik
1 keping asam keping
3 sudu makan budu
sedikit gula Melaka
gula secukup rasa
garam secukup rasa

CARA MEMASAK GULAI TUMIS
1. Cili kering, potong kecil dan rendam hingga lembut.
2. Satukan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian kisar dengan sedikit air
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Tumiskan bahan kisar dan serai yang di titik hingga garing
5. Tambahkan air jika kuah terlalu kering
6. Kemudian masukkan santan. Biarkan ia merenih sebentar sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
7. Kemudian masukkan asam keping, budu dan gula melaka
8. Akhir sekali perasakan gula dan garamnya secukup rasa. Biarkan kuah pekat.

BAHAN SERONDENG KELAPA IKAN
1 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut ambil putih sahaja
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK SERONDENG KELAPA IKAN
1. Ikan kembung, disiang, cuci bersih dan rebus. Letak asam keping dan garam sedikit ketika merebus ikan.
2. Bila ikan dah empuk, angkat dan asingkan isinya.
3. Kelapa parut pula disangai dalam kuali tanpa minyak. Sentiasa kacau supaya kelapa tidak hangus. Bila sudah masak, angkat.
4. Bawang merah dan serai ditumbuk lumat.
5. Isi ikan kembung juga ditumbuk lumat.
6. Masukkan kelapa sangai dalam lesung dan tumbuk lumat juga.
7. Gaulkan semua bahan yang ditumbuk. Perasakan dengan garam dan gula.

BAHAN AIR LADA
10 tangkai cili padi
2 biji limau kasturi
Sedikit gula Melaka
Sedikit garam
Sedikit gula

CARA MEMASAK AIR LADA
1. Satukan semua bahan dan kisar. Atau jika suka kasar boleh tumbuk lumat
2. Perahkan asam limau.

BAHAN SOLOK LADA
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu makan kelapa parut yang telah disangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau

CARA MEMASAK SOLOK LADA
1. Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya.
2. Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
3. Kelapa parut disangai.
4. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
5. Tumbukkan juga kelapa yang telah disangai tadi. Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
6. Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam.
Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya. Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh. Susun dalam periuk, tuangkan santan, rebus hingga masak.
Boleh juga di kukus

BAHAN ULAM
1 biji timun | potong bulat kemudian hiris halus
1 kuntum bunga kantan | belah 4 dan hiris halus
5 batang kacang panjang | hiris halus
2 kelopak kubis | buang batang tengah dan hiris halus
Daun kesum | hiris rampai
3 biji kacang botol | potong 2 hiris halus
1 mangkuk taugeh

CARA MEMBUAT ULAM
1.Semua sayur-sayur di cuci besih dahulu, kemudian keringkan.
2. Potong atau hiris halus sayur-sayuran dan ulam-ulaman kecuali taugeh
3. Satukan dan gaul rata.

TIP: Jika nak enak lagi boleh lah tambahkan budu. Mudah aje buatnya, tuang budu dalam mangkuk, hiris bawang merah dan cili padi, perahkan asam limau dan boleh di nikmati. Tambahan lauk goreng keropok ikan dan telur masin. Bahan ini kita sediakan 1 hari awal supaya persedian kita untuk memasak esok hari lebih mudah dan ringkas.

RESIPI 2
CENCARU SAMBAL KELAPA

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan cencaru
100 gm kelapa parut
5 biji cili padi | ditumbuk lumat
1 biji cili merah | ditumbuk lumat
2 ulas bawang merah | ditumbuk lumat
2 batang serai | ditumbuk lumat
2 cm kunyit  | ditumbuk lumat
Sedikit belacan bakar | ditumbuk lumat

BAHAN AIR ASAM
1 sudu teh asam jawa
1 biji limau nipis
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Bersihkan ikan dan belah belakangnya. Ketepikan.
2. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa parut. Sumbat ke dalam perut ikan.
3. Bakar ikan lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
4. Bagi menyediakan air asam, satukan kesemua bahan dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam serta gula.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama cencaru bakar tadi.

RESIPI 3
KUETIAU GORENG UDANG
 

BAHAN-BAHAN
500gm kuetiau
3 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih | diketuk
2 sudu makan cili kisar
4 sudu makan kicap manis
2 tauhu goreng | dipotong kecil
300gm udang
1 mangkuk daun kucai | dipotong 1 inci
1 mangkuk taugeh
1 biji tomato | dipotong kecil
Garam secukup rasa | jika perlu

CARA MEMASAK
1. Panas minyak masak dan tumis bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan udangdan kuetiau. Kacau rata.
4. Masukkan tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan dengan cili jeruk

RESIPI 4
AYAM PERCIK

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
1 keping  asam gelugor
Garam  dan gula secukup rasa
1 batang serai | titik

BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
2 cm halia
1 cawan santan pekat

BAHAN PERAP
3 ulas bawang merah
2 cm halia
Garam secukupnya

CARA MEMASAK
1. Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
2. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
3. Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
4. Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
5. Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

RESIPI 5
LAKSAM KELANTAN

BAHAN-BAHAN
360 gm tepung beras
6 sudu makan tepung jagung
1500 ml air
½ sudu teh garam

BAHAN LAIN
3 biji telur rebus | dihiris
Daun salad secukupnya | dihiris
½ batang timun | dihiris
4 tangkai kacang panjang | dihiris
Sambal belacan secukupnya

BAHAN KUAH
3 ekor ikan sardin
250 ml santan
4 ulas bawang putih | dikisar
1/2 biji bawang besar | dikisar
2.5 cm halia | dikisar
2.5 cm lengkuas
1 batang serai | dikisar
2 sudu makan kerisik
2 kiub pati ayam
Lada sulah secukupnya
Asam keping secukupnya
Air secukupnya

CARA MEMASAK
1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan. Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
2. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
3. Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
4. Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.
6. Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.Kemudian masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
7. Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. Kacau sebati. 8. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Ketika menghidang, potong-potongkan laksam dan masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan lain.Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.

RESIPI 6
ROTI JALA

BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak
2 1/2 cawan susu segar
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna kuning telur

CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan di atas menggunakan blender.
2. Sedia untuk dimasak.

BAHAN KARI AYAM
Isi ayam secukupnya
1 1/2 biji bawang besar | hiris
6 biji bawang putih | hiris
2 inci halia | hiris
10 sudu besar serbuk kari
1 kotak santan kotak
4 kotak air
2 biji kentang | dipotong kecil
Daun kari
Asam keping
Rempah 3 sekawan | kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Garam
Gula
Serbuk perasa

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris.
2. Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.
3. Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.
4. Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula. 5. Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api.

RESIPI 7
ROJAK AYAM GORENG KUAH KACANG

BAHAN-BAHAN
10 ulas bawang merah | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
100 gm cili kering | rendam air panas hingga lembut dan kisar
1/2 cawan air asam jawa
300 gm kacang tanah
2 sudu makan kicap manis
2 senduk gula
1 buku gula melaka
1 kiub ikan bilis
2 sudu makan Planta
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMASAK
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar halus.
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
4. Masukkan lada kering dan tumis hingga naik minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa, gula melaka, kiub ikan, garam dan gula. Masak hingga kuah pekat.
Masukkan kicap dan tambah air jika terlalu pekat.
Bila kuah dah didih masukkan kacang tanah kacau rata. Tambahkan planta supaya kuah kelihatan sedikit berkilat.

Bahan-bahan yang dimakan bersama rojak ayam:
Timun | diracik halus
Tauhu | digoreng
Ayam | digoreng dan dipotong atau disiat2
Ubi kentang | digoreng
Telur | direbus
Cucur Udang

BAHAN CUCUR UDANG
1/2 kg tepung gandum
1 cawan air mendidih
1 3/4 cawan air biasa
15 ekor udang
1 biji bawang besar | potong dadu
Taugeh secukup rasa
Daun kucai | kerat 1 inci
1 biji cili merah | hiris halus
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

IKLAN

CARA MEMASAK
1. Satukan bahan dan gaul rata tepung, serbuk kunyit dan garam
2. Masukkan udang dan sayuran serta cili. Gaul rata.
3. Masukkan dulu air panas dan gaul menggunakan garfu atau senduk kayu. Biar rata. (tepung akan berketul-ketul sedikit).
4. Kemudian masukkan air biasa dan bancuh seperti adunan jemput biasa hingga mesra.
5. Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan balik-balikkan selalu jemput.
6. Bila telah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.

RESIPI 8
MIHUN SUP UTARA

BAHAN UTAMA
1 kg tulang dan daging
1 bungkus bihun

BAHAN REMPAH TUMIS
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
3 tangkai cengkih

BAHAN KISAR
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih

BAHAN POTONG DADU
1/2 biji lobak merah
2 biji kentang sederhana besar
2 biji tomato (potong 4)

BAHAN SAMBAL CILI
4 sudu makan serbuk cili dibancuh dengan sedikit air
3 biji bawang merah |dikisar.
3 ulas bawang putih| dikisar.
1/2 biji bawang besar |dikisar.
garam dan gula secukup rasa.

BAHAN HIASAN
200 gram lobak masin | dicelur
2 tangkai daun bawang
3 tangkai daun sup
Bawang goreng secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.
2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
5. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
6. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

CARA MEMASAK SAMBAL
1. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
4. Sementara itu, rendam bihun di dalam air yang dicampur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam.
5. Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
6. Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan,
7. Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat menjamu selera!

RESIPI 9
AYAM GOLEK THAI SOS

BAHAN AYAM GOLEK
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk  jintan manis
1 sudu teh serbuk  jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

BAHAN SOS THAI
4 ulas bawang putih | cencang
4 biji cili merah  | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketimbar | hiris
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan  dan garam. Perapkan 30 minit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
4. Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.

RESIPI 10
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH

BAHAN AYAM GOLEK
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit

BAHAN SAMBAL
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6 cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya  untuk menggoreng dan menumis

BAHAN REMPAH MENUMIS
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK
1. Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan pengukus, kukus ayam  lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
4. Untuk menyediakan sambal.
5. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
6. Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
8. Tutup api dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.

RESIPI 11
AYAM GOLEK PERCIK

BAHAN AYAM GOLEK
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

BAHAN SOS PERCIK
1 liter santan pekat
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
3cm lengkuas  | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai  | kisar
Garam  dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
2. Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan  minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
4. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
5. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
6. Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
7. Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
8. Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.

RESIPI 12
APAM BALIK

BAHAN DOH APAM 

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu cair / full cream
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK
1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
2. Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat.
3. Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati.
4. Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan).
5. Perap adunan selama 1 jam.

BAHAN TABUR (INTI)
Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 tin jagung manis
Mentega / marjerin secukupnya
Gula secukupnya

CARA MEMASAK
1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin.
2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.
3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi.
4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.
5. Lipat apam dan balikkan. Angkat.
6. Sedia untuk dinikmati.

RESIPI 13
AYAM GUNTING

BAHAN-BAHAN
Isi ayam | dihiris nipis
1 kotak kecil tepung goreng ayam serbaguna
1 1/2 cawan serbuk roti
Telur | dipukul

CARA MEMASAK
Campur tepung goreng ayam bersama serbuk roti.
Kemudian masukkan ayam. Gaul hingga rata.
Celup ayam di dalam bancuhan telur.
Masukkan kembali ke dalam adunan tepung tadi. Salut rata.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Tabur serbuk perasa ayam gunting.
( Masa memasak, goreng ayam sekeping demi sekeping. Jangan masukkan semua ayam ke dalam tepung.)

BAHAN SERBUK AYAM GUNTING
1 kiub pati ayam
2 sudu makan paprika – kalau suka pedas, boleh tambah.
1/2 paket twisties BBQ
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan gula

CARA MEMASAK
1. Satukan semua bahan-bahan diatas dan kisar kering.
2. Tabur atas ayam gunting tadi.
3. Sedia untuk dinikmati.

RESIPI 14
TAUFU FA  ALA PASAR MALAM

BAHAN-BAHAN
150 gram kacang soya
1 liter air
1 1/2 sudu besar tepung jagung *
1/2 sudu kecil sekko /GDL*
1/2 cawan air *
2-3 helai daun pandan

BAHAN AIR GULA
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula putih
3 cawan air
1 helai daun pandan

CARA MEMASAK
1. Rendamkan kacang soya selama 4-5 jam. Kemudian asingkan kulitnya.
2. Bersihkan kacang soya dan dikisar bersama 1 liter air. Tapis menggunakan kain nipis.
3. Masak air soya dengan daun pandan sehingga mendidih.
4. Sementara itu, satukan bahan-bahan bertanda *
5. Apabila air soya sudah mendidih, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan masukkan bahan-bahan bertanda * tadi. Kacau dan tutup bekas.
6. Tunggu sehingga ½ -1 jam. Jika Taufu Fa anda sudah ‘kental’, bermakna ia boleh dimakan.
7. Untuk menyediakan bahan air gula, Didihkan semua bahan dalam periuk. Matikan api apabila sudah sedikit pekat.

RESIPI 15
AYAM PERCIK PASAR MALAM

BAHAN-BAHAN
• 7 tangkai cili kering
• 1 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 2 batang serai
• 1 inci lengkuas
• 1 keping gula melaka
• 3 sudu besar madu
• 3 sudu besar sos cili
• Garam secukupnya
• Setengah ekor ayam

CARA MEMBUATNYA
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan lengkuas.
2. Masukkan dalam kuali tanpa minyak. Tambah kan air.
3. Masukkan gula melaka, madu, sos cili dan garam. Bila mendidih, masukkan ayam.
4. Masak sampai ayam setengah masak, kemudian panggang ayam. Ayam dah kering, celup dalam sos and sambung panggang atau bakar.
5. Ulang step celup dan bakar sampai puas hati.

RESIPI 16
RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam

CARA MEMASAK
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat.
6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.

RESIPI 17
KEPAK AYAM MADU PASAR MALAM

BAHAN-BAHAN
1 kg kepak ayam
2 labu bawang putih
2 inci halia
3 biji bawang merah
10 batang serai
2 sudu makan serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1 cawan gula putih dan gula perang ( lebih kurang)
2 sudu makan serbuk cili
Pewarna merah secukupnya

CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan ( kecuali kepak ayam dan pewarna) hingga halus.
2. Titiskan sedikit pewarna pada ayam dan tuang bahan kisar. Perap semalaman.
3. Nyalakan arang dan bakar kepak ayam hingga masak.
4. Sedia untuk dinimati.

RESIPI 18
APAM BALIK WARNA-WARNI

BAHAN ADUNAN KULIT
150 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbornat
1/2 sudu teh yis kering
1 biji telur
2 sudu makan gula halus
240 ml air
Sedikit pewarna pilihan

BAHAN INTI
100gm kacang tanah | digoreng dan dikisar
50gm gula
100gm jagung dalam tin

BAHAN SAPU
Sedikit marjerin

CARA MEMASAK
1. Campurkan semua bahan untuk kulit apam dan kacau sebati. Perapkan adunan selama tiga hingga lima jam.
2. Panaskan kuali tidak melekat. Sendukkan adunan dan tuangkan di atas kuali. Ratakan agar kulit apam sama tebal.
3. Masak menggunakan api perlahan sehingga kulit apam masak sekata. Kemudian sapukan sedikit marjerin di atasnya.
4. Kemudian taburkan sedikit gula diikuti dengan kacang tanah dan juga jagung krim.
5. Tutup permukaan kuali selama beberapa minit sehingga kulit apam kelihatan agak perang.
6. Angkat dan lipat apam tadi. Sedia dihidang.

RESIPI 19
KEK GULUNG MINI PELANGI

BAHAN-BAHAN
200 gm tepung gandum
170 gm gula halus
60 ml santan kotak
6 biji telur
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
150 ml minyak jagung

BAHAN INTI
Jem blueberi
Jem strawberi
Buttercream

CARA MEMASAK
1. Sediakan periuk kukusan. Lengserkan loyang bersaiz 8″ x 8″ dengan sedikit marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul telur, ovallete dan gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana.
3. Masukkan minyak jagung dan santan sedikit demi sedikit. Kaub balikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga betul-betul sebati.
4. Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan warnakan dengan warna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
5. Tuangkan adunan ungu ke dalam loyang dan ratakan. Kukus selama 10 minit.
6. Kemudian tuang pula adunan biru ke atas adunan ungu tadi dan ratakan. Kukus semula selama 10 minit.
7. Ulang langkah yang sama untuk adunan selebihnya. Untuk warna yang terakhir, kukus kek selama 15 minit.
8. Setelah masak, keluarkan kek dan terbalikkan. Potong nipis kek semasa masih panas dan paipkan sedikit inti di tengahnya.
9. Gulungkan kek dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.

RESIPI 20
PUDING CRACKERS

BAHAN-BAHAN
10 gm agar-agar
240 ml air
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis
6 keping biskut crackers
1/2  sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, kuning, merah secukupnya

CARA MEMASAK
1. Masak agar-agar, air dan gula menggunakan api sederhana sehingga larut.
2. Seterusnya kisar biskut, telur, susu cair dan susu pekat manis hingga halus. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk agar-agar tadi  dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan esen vanila. Masak seketika.
4. Bahagikan adunan yang dimasak tadi dan warnakan mengikut warna pilihan.
5. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

RESIPI 21
TAUFU FA SEGERA

BAHAN-BAHAN
1 liter air soya
1 sudu makan serbuk agar-agar
180ml air
2 sudu teh esen vanila

BAHAN AIR GULA MELAKA
200 gm gula kabung / gula melaka
100 gm gula
800 ml air

CARA MEMASAK
1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
2. Kemudian masukkan air soya. Didihkan seketika dan pastikan adunan dikacau sentiasa.
3. Tuang adunan agar-agar ke dalam bekas dan sejukkan.
4. Untuk air gula melaka, masak semua bahan sehingga sebati. Sejukkan.
5. Untuk menghidang, sudukan Taufu Fa ke dalam mangkuk dan tuangkan air gula melaka dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

RESIPI 22
PUTU MAYAM BIHUN

BAHAN-BAHAN
3 keping bihun yang halus
100gm kelapa parut
Gula perang secukupnya

CARA MEMASAK
1. Rendam bihun seketika letakkan di dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan kain jarang.
2. Setelah naik wap, kukus bihun sehingga lembut.
3. Keluarkan dan susun di dalam pinggan hidangan.
4. Nikmatinya bersama kelapa parut dan gula perang.

RESIPI 23
POPIA BASAH

BAHAN KULIT
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam

BAHAN INTI
1/2 biji kubis  | dihiris halus
2 batang lobak merah | diparut halus
1 biji bawang besar | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
Garam secukupnya
Minyak masak  untuk menumis

BAHAN SAMBAL SIRA
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan kicap manis
Minyak masak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang tanah | dikisar

CARA MEMASAK
1. Untuk membuat kulit popia, campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2 jam.
2. Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
3. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
4. Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
5. Untuk membuat inti, kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
6. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
7. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
8. Seterusnya untuk membuat sos. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
9. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
10. Letak satu sudu makan inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

RESIPI 24
POPIA OTAK-OTAK

BAHAN-BAHAN
Kulit popia segera
300 gm isi ikan tenggiri
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
3 sudu kecil santan pekat
1 sudu kecil jus limau
1 helai daun kunyit  | dihiris halus
2 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
3cm halia
3cm kunyit
3cm lengkuas
2  biji cili merah

CARA MEMASAK
1. Mulakan dengan menyediakan otak-otak.
2. Satukan isi ikan tenggiri bersama bahan kisar halus.
3. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.
4. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
5. Gaul sebati dan ketepikan.
6. Seterusnya, ambil kulit popia.
7. Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
8. Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
9. Hidangkan ketika ia masih panas.

RESIPI 25
POPIA GORENG BERSIRA PEDAS

BAHAN POPIA
Kulit popia
2 sudu makan bijan  | disangai
½ biji sengkuang | diparut halus
1 batang lobak merah | diparut halus
Sedikit kobis  | dihiris halus
2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
2 sudu makan taucu  | dikisar kasar
Sedikit  tauge | dibuang ekor
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula  secukup rasa

BAHAN SAMBAL
2 sudu makan cili kisar
1sudu makan bawang merah kisar
1 sudu teh bawnag  putih kisar
2 sudu besar sos chili
Sedikit air asam jawa
Gula atau gula putih

CARA MEMASAK
1. Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
2. Masukkan udang kering. Kacau rata. Masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.
3. Tutup api dan sejukkan.
4. Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.
5. Panaskan minyak masak dan goreng popia sehingga kekuningan.
6. Untuk sambal sira, panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.
7. Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.
8. Tutup api dan taburkan bijan.
9. Siap untuk dihidangkan.

RESIPI 26
POPIA SAYUR GORENG

BAHAN-BAHAN
Kulit popia secukupnya
1 batang lobak merah | diparut halus
1 biji sengkuang kecil  | diparut halus
1 mangkuk kubis  | dihiris halus
1 biji bawang besar  | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan udang kering, kacau rata.
4. Diikuti sengkuang, lobar merah dan kubis.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Tutup api dan sejukkan.
7. Isi ke dalam kulit popia, lipatkan tepi kiri dan kanan, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
9. Angkat dan toskan minyaknya.

RESIPI 27
MURTABAK KEJU

BAHAN INTI
500 gram isi ayam / daging dicencang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MASAK INTI
1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula.
5. Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan dan sedia untuk langkah menyediakan murtabak mini.

CARA MEMASAK MURTABAK
1. Pecahkan 2 biji telur ayam. Pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu besar inti yang dicampurkan dengan telur ayam dan bawang tadi tu. Letak di tengah-tengah kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila dilipat dan masukkan dalam kuali.
4. Untuk membakar, panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak pun boleh.
5. Bakar sehingga masak. Balik-balikkan. Bila sudah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap.

RESIPI 28
ROTI KHURASAN

BAHAN-BAHAN
1 keping dada ayam – cencang
4 biji bawang merah – cencang
3 ulas bawang putih – cencang
2 biji bawang besar – dadu
Sedikit lobak merah – dadu
1/2 biji lada benggala – dadu
2 batang timun – dadu
5 biji cili padi – hiris
Sos cili dan sos tomato secukupnya – ikut cita rasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti burger atau roti hotdog
Kulit popia secukupnya

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Setelah nampak hampir masak, masukkan gula dan garam secukupnya.
3. Tambahkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit kering.
4. Masukkan timun, lobak merah, lada benggala, cili padi dan bawang besar. Masak hingga sayur lembut. Angkat dan sejukkan inti.
5. Potong roti dan masukkan inti secukupnya.
6. Ambil kulit popia dan bungkus roti tadi. Sapu air pada kulit popia bagi melekatkannya.
7. Panaskan minyak masak dan goreng roti tadi. Pastikan minyak betul-betul panas supaya minyak tidak meresap ke dalam roti.
8. Sedia untuk dinikmati.

RESIPI 29
TAKOYAKI HOMEMADE

BAHAN ADUNAN
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam
2 cawan air
Sedikit kicap untuk bagi rasa (sikit je tau )

BAHAN INTI
Hirisan daun bawang secukupnya
Kubis / Lobak merah – hiris dadu
Isi ketam/udang/ayam/sotong – masak @ celur terlebih dahulu

BAHAN HIAS
Mayones
Sos cili @ sos takoyaki
Bonito flakes

CARA MEMASAK
1. Satukan semua bahan adunan. Kisar atau bancuh hingga sebati dan tidak berketul.
2. Letak adunan ke dalam botol bagi memudahkan proses menuang.
3. Untuk menyediakannya, ambil acuan kuih cara dan oleskan dengan sedikit minyak.
4. Masukkan bancuhan tepung hingga separuh acuan.
5. Kemudian masukkan bahan inti secukupnya.
6. Sengetkan kuih dalam acuan dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk takoyaki bentuk bulat (jika pakai acuan takoyaki) atau bujur (jika pakai acuan cara).
7. Golek-golekkan takoyaki hingga masak dan sedikit garing.
8. Angkat dan paipkan mayones, sos serta bonito flakes secukupnya.
9. Sedia untuk dinikmati.

RESIPI 30
PUTU LOMPANG

BAHAN-BAHAN
Kelapa parut
Tepung beras
Gula melaka
* jumlah tepung dan kelapa ikut citarasa. Jika nak hasilkan banyak, lebihkan jumlahnya.

CARA MEMASAK
1. Sangai tepung beras tanpa minyak. Jangan sampai hangit tau. Sejukkan seketika.
2. Hancurkan atau parutkan gula melaka sampai hancur. Nak tumbuk pun boleh.
3. Masak air bersama daun pandan dalam periuk. Biar air tu jadi wangi.
4. Ambil tepung yang telah disangai tadi. Bila dah sejuk sikit, gaulkan dengan kelapa parut. ( sis ubah resipi asal).
5. Kemudian masukkan sedikit garam.
6. Ambil air panas yang dimasak bersama daun pandan tadi. Renjis-renjiskan dalam tepung dan gaul sampai jadi macam serbuk roti.
7. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak masak. Masukkan sedikit adunan tepung ke dalam acuan. Tekan sikit supaya padat.
8. Seterusnya letak gula melaka diikuti adunan tepung. Jumlahnya cukup sekadar menutup permukaan gula. Tekan-tekan supaya mampat. Ulang langkah hingga habis.
9. Kukus putu tadi selam 3-4 minit. Kemudian terbalikkan acuan dan kukus lagi selama 2-3 minit. Bila terbalikkan acuan, kuih tak akan jatuh kerana sewaktu isi tepung tadi, adunan sudah dimampatkan.)
10. Angkat dan keluarkan putu dari acuan. Sedia untuk dinikmati.

Selamat berpuasa dan selamat mencuba!