Idea Bento Comel Bekal Anak Ke Sekolah

Share

Idea bento comel bekal anak ke sekolah. Sesi persekolahan penggal baru akan bermula esok.

Tentu mak-mak tengah sibuk cari idea untuk memasak bekalan untuk dibawa anak-anak ke sekolah esok.

Apatah lagi bagi anak-anak yang masih di sekolah rendah. Biasanya susahnak suruh makan. Jadi, mak-mak kena berusaha lebih untuk mencari idea untuk bekal anak.

Salah satunya adalah menyediakan bento. Ia merupakan Bento atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.

Seperti nasi bungkus, bento boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.

Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Anda boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk anak-anak sebagai bekal ke sekolah. Tiga idea bento ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.

BENTO COMEL BEKALAN ANAK KE SEKOLAH

1.BENTO BAS SEKOLAH

BAHAN-BAHAN:

3 keping kentang Hashbrown

2 biji telur puyuh (direbus)

3 batang sosej (Breakfast Sausage)  

1 biji buah tomato segar

½ labu bawang besar

200 gram kacang panggang

1 biji Brussel Sprout }rebus

100 gram brokoli  (rebus) – boleh beli online di sini

Sedikit minyak untuk mengoreng – boleh beli online di sini

Stok ayam

Sedikit mentega – boleh beli online di sini

UNTUK HIASAN:

3 batang lidi hiasan – untuk cucuk sosej

Sedikit rumpai laut Jepun – boleh beli online di sini

1 cawan kertas kecil – untuk letak kacang panggang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan kentang Hashbrown sehingga menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
  2. Kemudian ambil sekeping kentang Hashbrown dan bulatkan potongan menjadi dua acuan roda. Ketepikan.
  3. Belah telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu untuk dijadikan roda. Ketepikan.
  4. Rebus sosej ke dalam stok ayam seketika. Bila masak, ketepikan.
  5. Kemudian gaul brokoli dan Brussel Sprout bersama sedikit mentega dan perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
  6. Buah tomato dibelah dua. Separuh dihiris nipis untuk hiasan. Ketepikan.
  7. Manakala yang sebahagian lagi, dipotong empat segi sama dan diperasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Panggang seketika tomato tersebut di atas kuali leper. Ketepikan.
  8. Setelah itu, tumiskan bawang besar bersama kacang panggang di dalam kuali seketika. Selepas masak angkat dan ketepikan.
  9. Kemudian, gandingkan kesemua bahan ke dalam bekas makanan mengikut gambar.

BENTO FETTUCHINI CARBONARA BERSAMA NUGET AYAM MINION

BAHAN-BAHAN:

500 gram Fettuchini

2 sudu makan minyak Zaitun – boleh beli online di sini

1 labu bawang besar – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

1 biji telur  – Ambil kuning

2 batang sosej ayam  – dipotong dadu

200ml double cream

2 keping roti daging ayam – dipotong dadu

100 gram keju Permesan

Garam secukup rasa

Air untuk merebus

Sedikit lada sulah – boleh beli online di sini

Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Untuk memasak Fetthuchini: Masukkan air ke dalam sebuah periuk, masukkan minyak Zaitun dan sedikit garam. Apabila mendidih, masukkan Fetthuchini dan biar seketika hingga masak Al dente (jangan terlebih masak). Angkat dan tos.
  2. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang hingga harum baunya.
  3. Masukkan Sosej dan Roti Daging Ayam yang telah dipotong dan perasa dengan garam secukup rasa.
  4. Setelah itu masukkan Double Cream dan biarkan ia hingga mendidih.
  5. Tutupkan api dan masukkan kuning. Kacau sekata.
  6. Masukkan Fetthuchini dan gaul sebati. Ketepikan.
  7. Untuk memasak nuget ayam: Goreng nuget sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
  8. Untuk menghidang, gunakan kulit sushi nori untuk jadikan cermin mata. Kemudian gunakan tomato ceri untuk membuat mata.
  9. Masukkan Fettuchini ke dalam bento dan kemudian susun nuget ayam yang telah dibentuk menjadi Minion di bahagian atasnya.

BENTO KENTANG LENYEK BERSAMA COLESLAW

BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK:

6 biji ubi kentang  – Kupas kulit dan rebus sehingga empuk – boleh beli online di sini

Susu UHT

½ sudu teh serbuk lada sulah – boleh beli online di sini

30 gram mentega lembut – boleh beli online di sini

Sedikit Garam

BAHAN-BAHAN SOS BAWANG KUNING:

 1 labu bawang Holland (Cincang)

Sedikit  sos tiram

1 sudu makan Serbuk Pati Ayam

30 gram tepung gandum

1 sudu teh serbuk lada hitam – boleh beli online di sini

Air secukupnya

Sedikit minyak untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN COLESLAW:

250 gram kubis bulat

150 gram lobak merah – boleh beli online di sini

100 gram bawang besar

2 sudu makan mayones – boleh beli online di sini

Sedikit garam halus

1 sudu teh gula – boleh beli online di sini

½ sudu makan cuka sayur

UNTUK HIASAN:

4 potong kentang wedges (Digoreng dahulu)

Sedikit daun salad

Kacang badam  (belah dua secara menyerong)

Sedikit timun Jepun (untuk buat mata)

CARA MEMASAK:

  1. Untuk memasak kentang lenyek: Rebus kentang sehingga empuk di dalam periuk berisi air secukupnya.
  2. Setelah masak, tos dan lenyek sehingga halus (boleh gunakan pengisar makanan).
  3. Masukkan susu dan mentega lembut, kisar lagi hingga sebati.
  4. Perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
  5. Untuk menyediakan Sos Bawang Kuning: Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang Holland sehingga wangi.
  6. Masukkan tepung gandum dan kacau lagi. Tambahkan air dan serbuk pati ayam.
  7. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam dan masak sehingga mendidih.
  8. Tutup api kemudian kisar kesemua bahan sehingga halus menggunakan pengisar makanan.
  9. Kemudian satukan Kentang Lenyek dan Sos Bawang Kuning dalam satu bekas. Gaul sebati. Ketepikan dan biar ia sejuk.
  10. Untuk menghidang: Skop Kentang Lenyek menggunakan skop ice cream menjadi bentuk bulat.
  11. Letakkan di dalam bekas yang telah disusun dengan daun salad. Jadikan seperti badan dan kepala Landak.
  12. Cucukkan kepingan kacang badam dan jadikan duri Landak.
  13. Potong Timun Jepun untuk jadikan bentuk mata.
  14. Letakkan coleslaw di sebelah kentang yang berbentuk Landak.
  15. Hiaskan juga dengan Kentang Wedges yang telah digoreng.
  16. Sedia dihidangkan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa