Idea Buat Keju Mozarella Homemade Mudah Guna 3 Bahan.

Share

Keju mozarella adalah antara keju yang biasa digunakan dalam penghasilan pizza

, roti, murtabak , roti nan dan banyak lagi. Semuanya memang sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Namun keju mozarella ni harganya agak mahal. 

Oleh itu RASA nak kongsikan cara paling mudah untuk menghasilkan keju mozarella yang sedap secara homemade. Hasilnya sama seperti keju yang dibeli di kedai. Jom cuba.

 

CARA BUAT KEJU MOZARELLA MUDAH GUNA 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300ml susu penuh krim
  • 180gm keju cheddar
  • 2 sudu makan tepung ubi

 

CARA MEMASAK:

1. Campurkan susu dengan tepung ubi. Kacau rata di dalam periuk.

2. Panaskan di atas api sekecil mungkin sambil dikacau menggunakan pemukul tangan @ whisk untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.

3. Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus dikacau supaya adunan tidak bergentel.

4. Terus sahaja mengacau adunan hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit). Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

5. Kemudian tuang adunan keju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer.

6. Bila keju sudah keras, keluarkan dan potong ikut saiz yang anda suka. Keju ini boleh terus digunakan dalam masakan seperti lasagna atau pizza.

Selamat mencuba

 

 

Published by
Nur