Salad Ayam Pasta. Mudah nak buat & sedap. Kalau tak idea nak makan apa malam nanti. Menu ni boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
- 130gm mayones
- 1 sudu makan madu
- 50ml susu segar
- 1 sudu teh mustard
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 320 pasta spiral | direbus
- 160gm isi ayam rebus | dicarik
- 40gm lada benggala hijau |potong dadu
- 40gm lada benggala merah |potong dadu
- 40gm lobak merah | potong kecil dan celur seketika
- 40gm buah zaitun hitam | dihiris
CARA MEMASAK:
- Masukkan mayones, madu, susu dan mustard ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan garam, serbuk lada hitam, pasta spiral, isi ayam, lada benggala, lobak merah dan buah zaitun.
- Gaul sekali lagi hingga semua bahan sekata.
- Sedia untuk dinikmati.
ANDA BOLEH CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI: