Jom lihat seleksi resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini. Ada pelbagai hidangan memikat selera warisan orang-orang lama yang boleh anda cuba. Cara penyediaannya tidaklah susah cuma ada sesetengah resipi menggunakan bahan masakan yang jarang kita gunakan dalam masakan seharian seperti daun gelugur, daun nipah, umbut pisang dan sebagainya. Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah cuba .

DAGING SEMUR ALA SARAWAK

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg daging | dihiris sederhana tebal

12 tangkai cili kering | digunting serong

4 ulas bawang merah | dihiris

2 ulas bawang putih | dihiris

5cm halia | dihiris memanjang

50gm biji ketumbar | disangai dan ditumbuk sedikit

2 sudu makan cuka-BELI ONLINE DI SINI

2 sudu makan kicap pekat-BELI ONLINE DI SINI

2 sudu makan kicap manis-BELI ONLINE DI SINI

Sedikit garam dan gula

Air untuk merebus secukupnya

Minyak masak secukupnya

BAHAN REMPAH TUMIS:

5cm kulit kayu manis

5 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

TONTON GERENTI JADI: Resipi Lempeng Bunga Ros

 CARA MEMASAK:

  1.  Rebus daging sehingga empuk. Toskan airnya.
  2. Kemudian goreng daging sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
  3. Seterusnya masak bahan tumis, bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia sehingga wangi.
  4. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan cuka diikuti daging yang telah digoreng tadi. Kacau hingga semua bahan sekata dengan daging.
  5. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan biji ketumbar. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.

 Info chef: Elakkan menggoreng daging terlalu garing kerana daging akan menjadi liat dan kering.

 Saiz hidangan: 6 orang

Waktu memasak: 40 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Sedikit pedas dan berempah

Jenis penyediaan: Menu tradisi

Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis

Anggaran harga: RM22.00

Imbau Nostalgia Lama Dengan Menu Masakan Tradisi Sempena Merdeka

 

GULAI IKAN DAUN GELUGUR

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana | dipotong kecil

10 biji cili padi merah | dikisar

10 biji cili padi hijau | dikisar

2cm kunyit | dikisar

1 biji bawang besar | dikisar

8 helai daun asam gelugur

Santan cair secukupnya

250ml pati santan

250ml air

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Daun asam gelugur dimayang halus dan dicelur di dalam air panas sekatika. Ramas dan buang sedikit airnya. Ketepikan.

2.Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

  1. Kemudian masukkan ikan dan santan cair secukupnya. Masak seketika sehingga ikan kelihatan agak masak.
  2. Seterusnya masukkan pati santan. Kacau hingga sebati dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
  3. Setelah kuah kelihatan agak pekat, masukkan hirisan daun asam gelugur.
  4. Sedia untuk dinikmati.

 Info chef: Daun asam gelugur berfungsi memberikan rasa masam pada hidangan. Jika tiada, gantikan dengan asam keping.

Saiz hidangan: 6 orang

Waktu memasak: 50 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Isi ikan yang lembut serta kuah yang mempunyai harum daun gelugur

Jenis penyediaan: Menu tradisi

Cara memasak: Didih

IKLAN

Anggaran harga: RM12.00

Imbau Nostalgia Lama Dengan Menu Masakan Tradisi Sempena Merdeka

 

PAJERI REBUNG UTARA

BAHAN-BAHAN:

2 batang rebung muda | dipotong kecil dan dikelar sedikit

1 bungkus kecil rempah kari daging

400ml santan pekat

1 ulas bawang putih | ditumbuk halus

3 ulas bawang merah | ditumbuk halus

2cm halia | ditumbuk halus

Sedikit kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

1 sudu makan kerisik

2 sudu makan udang kering

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk diikuti rempah kari, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
  2. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rebung. Masak seketika sehingga rebung kelihatan serasi dengan kuah.
  4. Masukkan antan, udang kering, kerisik, garam dan gula dengan secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Untuk rasa lebih enak, celur rebung seketika. Toskan air rebusan dan barulah dimasak.

Saiz hidangan: 5 orang

Waktu memasak: 35 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Rasa rebung segar yang manis

Jenis penyediaan: Menu tradisi

Cara memasak: Tumis dan didih

Anggaran harga: RM10.00

Imbau Nostalgia Lama Dengan Menu Masakan Tradisi Sempena Merdeka

 

UDANG TEMPOYAK KUALA KANGSAR

BAHAN-BAHAN:

1/2kg udang segar bersaiz sederhana

3 ulas bawang putih | dikisar

4 ulas bawang merah | dikisar

10 biji cili padi | dikisar

1cm kunyit hidup | dikisar

IKLAN

5 sudu makan tempoyak

800ml air

2 helai daun kunyit

Garam dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK: 

  1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
  2. Kemudian masukkan tempoyak. Kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan udang, daun kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan sehingga udang masak.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Jumlah tempoyak dan cili padi boleh diubah mengikut cita rasa anda.

Saiz hidangan: 6 orang

Waktu memasak: 30 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Pedas dan enak

Jenis penyediaan: Menu tradisi

Cara memasak: Didih

Anggaran harga: RM17.00

Imbau Nostalgia Lama Dengan Menu Masakan Tradisi Sempena Merdeka

 

 KARI UMBUT PISANG DAN TETEL

BAHAN-BAHAN:

 1/2 kg daging tetel | dihiris nipis

2 batang umbut pisang lembut | dibersihkan dan dipotong serong

50gm serbuk kari daging

4 sudu makan kerisik

5 ulas bawang merah | ditumbuk

2 ulas bawang putih | ditumbuk

250ml air

400ml santan

Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaul daging bersama serbuk kari dan kerisik. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  3. Masukkan sedikit air dan daging. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan santan. Kacau sehingga sebati dan biarkan daging empuk.
  5. Tambahkan umbut pisang dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Setelah umbut kelihatan lembut, angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.

Info chef: Penggunaan daging tetel yang berurat dan sedikit berlemak memberikan  rasa yang lebih enak.

Saiz hidangan: 7 orang

Waktu memasak: 50 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Kombinasi daging dan umbut yang mempunyai rasa tersendiri

Jenis penyediaan: Menu tradisi

IKLAN

Cara memasak: Tumis dan didih

Anggaran harga: RM25.00

Imbau Nostalgia Lama Dengan Menu Masakan Tradisi Sempena Merdeka

 

KUIH BARONGKO

BAHAN-BAHAN:

10 biji pisang raja atau nipah ranum | dikupas dan dibuang bahagian hitam di tengahnya

2 biji telur | dipukul sedikit

150ml santan

50gm gula pasir

1/2 sudu teh esen vanila

1/4 sudu teh garam

2 helai daun pandan | dipotong sepanjang 10cm

Daun pisang dan lidi secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Daun pisang dilayur sedikit dan digunting anggaran 30x15cm.
  2. Lenyek pisang sehingga hancur dan masukkan gula pasir, telur, garam, esen vanila dan juga santan. Kacau hingga sebati.
  3. Ambil daun pisang dan letakkan daun pandan. Sudukan adunan pisang tadi dengan secukupnya. Bungkus dan sematkan dengan lidi dengan kemas. Ulang langkah sehingga adunan habis.
  4. Kukus kuih barongko selama 30 mint atau sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.

 Info chef: Kuih ini juga boleh di kukus dalam loyang.

 Saiz hidangan: 10 orang

Waktu memasak: 30 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Kuih yang lemak dan tidak terlalu manis

Jenis penyediaan: Menu tradisi

Cara memasak: Kukus

Anggaran harga: RM8.00

Imbau Nostalgia Lama Dengan Menu Masakan Tradisi Sempena Merdeka

 

BELEBAT UBI SAGU

BAHAN-BAHAN:

1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya

200gm gula merah

16 sudu makan gula

750ml santan

100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam

3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih

Daun pisang secukupnya | dilayur

 CARA MEMASAK:

  1. Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
  2. Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
  3. Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga adunan habis.
  4. Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Enak dinikmati panas.

 Info chef: Pastikan ubi kayu diparut dengan halus bagi mendapatkan tekstur kuih yang cantik.

Saiz hidangan: 10 orang

Waktu memasak: 30 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Lemak, manis dan lembut

Jenis penyediaan: Menu tradisi

Cara memasak: Kukus

Anggaran harga: RM12.00

Imbau Nostalgia Lama Dengan Menu Masakan Tradisi Sempena Merdeka

 KERJASAMA: PUAN SHARIFAH MARIAM BINTI SYED SHAFIE DARI DUNGUN, TERENGGANU.

 

Cara Mudah Potong Seekor Ayam Segar Kepada Bahagian-Bahagian Kecil

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI