Selagi tak habis Syawal, akan ada saja jamuan potluck raya baik di tempat kerja mahupun di sekolah anak.

Kalau dah kehabisan idea hidangan untuk dibawa, boleh buat pencuci mulut comel yang dikongsi Aliah Yahaya ini. Pencuci mulut jenis jeli ini bukan saja mudah malah bahan yang digunakan cuma dua saja.

Cara buat pencuci mulut dua bahan

Idea Potluck Mudah Untuk Jamuan Raya, Buat Pencuci Mulut 2 Bahan

Ads
Bahan-bahan

Serbuk jeli -boleh pilih perisa dan jenama yang disukai
Nata de coco
Acuan/bekas 1 0z

Cara membuat

  1. Tuang serbuk jeli dalam air yang sedang dimasak. Ikut saja sukatan yang ada pada pek.

2. Kacau sambil masak, padamkan api bila mendidih. Teruskan mengacau sehingga tidak berbuih.

3. Tuang ke dalam acuan kecil yang terlebih dahulu diisi dengan nata de coco.

4. Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit atau sehingga pejal.

Ads

Idea Potluck Mudah Untuk Jamuan Raya, Buat Pencuci Mulut 2 Bahan

INFO:

Ads
  • Boleh juga gunakan serbuk agar-agar tapi lebih sedap menggunakan jeli kerana rasanya kenyal.
  • Pencuci mulut ini menggunakan sekotak jelly dalam 500ml yang menghasilkan 40 bekas.
  • Untuk lebih menarik boleh tulis apa-apa ucapan yang bersesuaian menggunakan pen marker saja.

Sumber: Aliah Yahaya Alia.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI