Ikan bakar sambal antara lauk berbuka puasa yang selalu dicari. Tapi paling best dah tentulah ikan bakar sambal yang dibuat sendiri. Letak sambal lebih waktu membakar memang tak terkata sedapnya.

Ikan ini boleh dibakar dalam kuali non stick saja tapi pastikan alas dengan daun pisang agar aromanya makin harum.

Ikan tuka bakar sambal sedap terkata

Bahan- bahan 

Ikan pari tuka – saiz sederhana
Daun pisang – dipotong
Air asam jawa -secukupnya
Garam
Gula melaka

Bahan kisar

4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (tambah jika ingin pedas
1 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
2 batang serai
3 biji buah keras
20gm belacan

Ads

Ikan Bakar Sambal Buat Sendiri Guna Ikan Tuka Lagi Best

Cara membuat

1. Panaskan minyak dalam kuali kemudah tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Masuk air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sebati kemudian matikan api.

Ads

3. Gaul ikan tukar dengan kunyit. Menggunakan kuali atau pan non stick bakar ikan yang terlebih dahulu dialas dengan daun pisang.

4. Bakar seketika kemudian tuang sambal di atasnya. Bakar lagi hingga ikan masak.

Ads

Kredit resipi & foto Anna Aziz

Tip pilih pari segar

  • Pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat atau warnanya sudah gelap kehitaman.
  • Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.
  • Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua.

Baca Lagi:Resipi Asam Pedas Ikan Pari Paling Basic & Mudah Tapi Rasa Sedap

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI