Ikan Bawal 3 Rasa, Cukup Rasa Masam, Manis dan Masinnya

Share

Ikan bawal, selain dimasak gulai kari, sedap juga dibuat bawal masak tiga rasa. Goreng garing-garing, kemudian curahkan pula kuah sos tiga rasa. Makan beramai-ramai. Memang mengundang selera.

Inginkan resipi ikan bawal masak tiga rasa yang ringkas, namun sedap? Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh. Cukup mudah membuatnya. Jom kita cuba.

IKAN BAWAL 3 RASA

BAHAN-BAHAN:

Ikan bawal (dicuci bersih)

BAHAN-BAHAN SOS:

2 batang serai (dihiris nipis)*

1 inci halia* – Boleh beli online di sini

Bawang putih*

**Tumbuk halus ketiga-tiga bahan bertanda (*)

1 labu besar bawang besar (dipotong dadu)

Lada benggala hijau, merah, kuning (dipotong dadu) 

Cili kering – Boleh beli online di sini

Sos cili

Sos tomato

Sos tiram – Boleh beli online di sini

Gula

Garam

Perasa Ajinomoto – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Lumurkan ikan bawal dengan kunyit, garam dan perasa Ajinomoto. Kemudian, gorengkan ikan bawal sehingga garing. Dah garing, angkat dan ketepikan.

Untuk sos, tumiskan bahan tumbuk.

Masukkan cili kering kisar.

Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.

Masukkan pula bawang besar dan lada benggala.

Setelah itu, perasakan dengan gula, garam dan Ajinomoto.

Masak sehingga pekat. Kemudian, curahkan ke atas ikan yang telah siap digoreng.

Nak sedap lagi, taburkan hirisan daun sup.

Selamat mencuba.

Kredit: Yayar B. Awang Noh

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida