Ikan bawal memang sedap kalau digoreng dan makan panas-panas. Tapi nak lagi sedap, korang boleh tambah hirisan cili, bawang, serai dan perasa seperti sos tiram atau kicap, memang membangkitkan selera makan ye. Tak perlu nak tumbuk atau blender bagai bahan tumisan. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini, gerenti makan anda sekeluarga bertambah.

IKAN BAWAL GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | saiz sederhana dan bersihkan
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | hiris halus
1 batang serai | hiris halus
20 biji cili padi | hiris
1 sudu teh air asam Jawa
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya |untuk menggoreng dan menumis

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal secukupnya untuk menumis.
  4. Tumis bawang besar, bawang putih dan semua bahan hirisan hingga wangi.
  5. Masukkan air asam Jawa, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api dan biarkan mereneh 1-2 minit.
  7. Tutup api dan tuang tumisan atas ikan bawal goreng tadi.
  8. Bawal Goreng Cili Bawang sedia dihidangkan panas-panas.

INFO Selain ikan goreng tumisan cili bawang ini juga sesuai untuk telur dan ikan yang dikukus.

IKLAN

Lagi resipi berkaitan:
https://www.rasa.my/ikan-masak-asam-ni-sangat-sedap-mudah-sangat-masaknya/
https://www.rasa.my/resipi-asam-pedas-ikan-pari-kuah-paling-kaw-mudah-sangat-cara-masaknya/
https://www.rasa.my/pindang-ikan-kerisi-menu-mudah-yang-sedap-sihat/
https://www.rasa.my/senang-je-masak-siakap-kerabu-mangga-korang-boleh-cuba/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI