Ikan Bawal Masak Kicap, hidangan ringkas yang mudah untuk disediakan. Goreng garing-garing ikan bawal dengan garam kunyit, makan dengan kuah kicap yang diletakkan bahan-bahan segar memang sedap.

Nak gunakan ikan lain sebagai ganti pun boleh ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Garing diluar dan lembut di dalam, boleh rasa manis ikan segar yang enak. Bukan suami je suka, anak-anak pun mesti minta tambah nasi.

Nak cepat lauk sebegini memang sesuai. Goreng telur dadar dan juga ada ulam timun dah cukup menyelerakan. Boleh cuba yang dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain ni nanti. Mesti tak menyesal!

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP

Ikan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!

Bahan – bahan:

1 ekor ikan bawal

1 biji bawang kecil – dikisar

Ads

2 biji bawang putih – dikisar

1 inci halia – dikisar

1 biji bawang holland – dipotong kasar

2 biji tomato – dibelah 4

Sedikit daun ketumbar

Cili besar / cili padi ( jika suka pedas )

Kicap manis

Kicap pekat

Sos tiram

Ads

Sos ikan

Ikan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya! Ikan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!

Cara memasak:

  1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikanIkan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya! Ikan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!
  2. Blend / tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bauIkan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!
  4. Masukkan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula tapi hati hati kerana kicap sudah masinIkan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!Ikan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!
  5. Masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan tomato, daun ketumbar, cili padi dan bawang holland. Gaul sebatiIkan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya! Ikan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!
  6. Sedia untuk dihidangIkan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!

Selamat mencuba !

Kredit: Maryam Hussain

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Ikan Siakap Masak Asam Jawa, Sedapnya Memang Lain Macam Sampai Teringat-Ingat

Ikan Masak Bawang Asam, Ringkas Tapi Sedap!

Resipi Pes Sambal Perap Ikan Bakar Yang Sedap & Mudah

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=d9I3FHT4I7M

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI