Ikan Bilis Asam Jawa Cili Dan Bawang, Lauk Simple & Ketagih Nak Makan

Share

Buat menu ni gerenti licin sepinggan. Ikan bilis asam jawa cili dan bawang ni memang sangat mudah untuk menyediakan. Pasti jadi rebutan dan menambah nasi. Buat lauk ni setiap hari pun tak akan jemu, malah ibu berpantang pun boleh makan. Jadi jom menjamu selera.

 

IKAN BILIS ASAM JAWA CILI DAN BAWANG

Bahan-bahan:

1 genggam ikan bilis(cuci dan toskan)

1 biji bawang besar(potong bulat)

1 batang cili merah(potong serong)

1 batang cili hijau(potong serong)

3 ulas bawang putih (diketuk)

1½ sudu besar asam jawa dan 1 cawan air

1 sudu besar gula

1 sudu kecil serbuk perasa Knorr

1 sudu kecil serbuk lada hitam

½ cawan minyak masak

Cara memasak:

1.Panaskan minyak ½ cawan,gorengkan ikan bilis sehingga rangup.

2.Masukkan bawang putih,masak sehingga kekuningan.

3.Masukkan perahan asam jawa,serbuk lada hitam,serbuk perasa.

4.Kemudian masukkan ,bawang merah,cili merah,cili hijau,gula.Gaul sebati

5.Siap untuk dihidang.

Kredit: Nurul Ateekah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri