Sedar tak sedar kita sudah di pertengahan bulan Syawal. Lauk pauk raya rasanya dah puas makan segala rendang, lontang,nasi impit. Kalau boleh tekak terasa nak makan lauk yang simple seperti yang bergoreng dan singgang.
Menu yang dikongsi oleh Kak Yan pastinya menjadi kegemaran ramai. Apa taknya campak campak siap malah dijamin sedap. Ikan bilis goreng garing dan dimasak bersama belimbing buluh.Huh, memang sedap tak terkata. Makan dengan nasi putih dan memang tak payah lauk lain. Makan bertambah-tambah nanti.
Ikan Bilis Goreng Belimbing Buluh
Bahan-bahan:
300gm ikan bilis
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 biji cili merah (dipotong pendek)
5 biji cili padi merah atau hijau (dipotong pendek)
2 sudu besar kicap ciar
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar sos tiram
2 genggam belimbing buluh
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2.Tinggalkan dalam tiga sudu besar minyak dan masukkkan bawang putih. Masak sehingga perang.
3.Masukkan cili merah dan cili padi, sos tiram, kicap cair, serbuk lada sulah,gula dan belimbing buluh.
4.Kacau rata dan kemudian masukkan ikan bilis.
5.Akhir sekali ,perasakan dengan garam.
Bosan nak berbaris di kedai, boleh jer beli barang elektrik dengan tawaran murah ini. Jom layari https://invol.co/cloomx
Kredit resipi & foto: Azian Hasan