Ini resipi paling win untuk bulan puasa nanti. Sahur dapat menu ni senyap semua orang. Ikan bilis tumis asam ni dimakan dengan nasi panas-panas memang layan. Lebihan minyak pada kuah jangan buang, part tu yang heaven gaul-gaul dengan nasi panas.Kuah asam biarkan kejap baru masukkan bilis garing supaya bilis kekal garing.
IKAN BILIS TUMIS ASAM
Bahan-bahan:
2 genggam besar ikan bilis @ secukupnya, basuh toskan.Goreng garing & ketepikan.
5 ulas bawang merah -hiris nipis-beli online di sini
3 ulas bawang putih-hiris nipis-beli online di sini
10 biji cili api -patah 2-beli online di sini
1 batang cili merah-hiris menyerong
Air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Kicap pedas renjiskan dalam 4x
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cukuprasa Maggi (optional)
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara memasak:
1.Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing ketepikan.
2.Masukkan bahan hiris hingga layu masukkan serbuk kunyit kacau sebati.
3.Tuangkan air asam biar menggelegak masukkan sos cili & renjiskan kicap. Kacau sebati.
4.Perasakan kuah dengan gula dan cukuprasa MAGGI,kacau sebati. Tutup api biarkan sekejap.
5.Agak kuah asam dah suam, masukkan ikan bilis garing kacau sebati.
6.Siap untuk dihidang.
Kredit: Neny Lai Han