Duduk rumah ni, otak kadang-kadang jadi tepu bila fikir bab juadah apa nak dihidangkan untuk keluarga. Lebih-lebih lagi juadah makan petang atau kudapan di kala melayan angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Wah gitu.
Jadi, untuk kali ini, kita kongsikan resipi Ikan Celup Tepung atau orang pantai timur sebut, colek ikang perkongsian saudari Umi Watie! Senang sangat nak buatnya tapi buat pembaca Rasa, kita kongsikan sekali rahsia ikan celup tepung rangup dan kerak yang tahan lama! Ratah pula panas-panas, cicah dengan sos Thai memang terangkat habis!
Jom kita tengok apa bahan-bahan untuk membuatnya.
RESIPI IKAN CELUP TEPUNG RANGUP
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras – beli online disini 1 biji telur saiz A 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini 1½ cawan air sejuk ½ sudu teh cuka (inilah rahsia kerak ikan celup tepung tahan lama!) 1 sudu teh air kapur – beli online disini
2. Kemudian, masukkan cuka. Gaul lagi. Masukkan air kapur dan juga air sejuk. Air tu guna air yang dibubuh ais. Ais tak payah masuk sekali. Ini nak buatkan bancuhan tadi rangup.
3. Kacau rata kesemuanya. Kemudian, masukkan ikan yang telah siap dicuci bersih. Pastikan semua bahagian kena bancuhan tepung.
4. Gaul-gaul ya. Bancuhan ini boleh guna untuk 15 ekor ikan.
5. Panaskan minyak. Kemudian, goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas ya.
Ads
6. Bila ikan dah masak kekuningan angkat dan toskan.
7. Tadaaa hidangkan pada anak dan suami. Jajan sihat untuk anak-anak. Ikan bagus untuk tumbesaran anak-anak yang cerdik dan pintar. Haaa gituh.
**Kerak atau keruping tu pakat berebut anak-anak makan. Bancuhan tepung ini boleh juga guna buat goreng pisang tau. Keriuk-keriuk tu makan dengan nasi panas dan sambal belacan pun syok. Uissshhh sambil tulis ni pun dok kecur liur.
Ayam sambal lada daun kesum ini boleh jadi pengganti ayam sambal biasa. Dengan aroma daun kesum ia bukan saja wangi tapi juga makin enak.
Sedap dimakan dengan nasi panas, ayam sambal lada daun kesum ini memang boleh buat kita menambah nasi walaupun waktu sahur.
Resipi ayam sambal lada daun kesum
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam -gaul garam kunyit dan goreng jangan garing
1-2 batang serai -diketuk
1 batang timun Jepun -buang biji dan potong kecil
2 ikat daun kesum
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa (jangan pekat)
3 kali renjis sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1/2 cawan air
3/4 cawan minyak baki goreng ayam untuk menumis
Bahan kisar kasar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
10 tangkai cili padi siam (merah)
1 tangkai cili besar merah
10 tangkai cili padi siam (hijau)
Halia sebesar ibu jari
Cara memasak ayam sambal lada daun kesum
1. Panaskan minyak masak, masukan serai dan goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga hingga masak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa. Kkacau lagi hingga naik minyak.
3. Tuang sedikit air, biar mendidih lalu masukkan ayam dan daun kesum. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
4. Letak timun, kacau rata dan terus tutup api supaya timun masih rangup, tidak layu ketika dimakan.
Wow..mudah je rupanya nak buat Mi Kuning secara homemade. Maklumlah, di laman sosial sekarang ramai yang rajin berkongsi aneka resipi homemade yang senang dan boleh menjimatkan belanja dapur. Salah satu yang anda boleh cuba buat sendiri ialah Mi Kuning. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Roshima Ibrahim Shima ini tidak menggunakan kapur dan tiada bahan pengawet. Bolehlah cuba buat untuk masak mi goreng, mi sup dan sebagainya untuk keluarga.
CARA BUAT MI KUNING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu makan garam
Pewarna kuning secukupnya
1 gelas air – jumlah air kena agak-agak. Letak sedikit demi sedikit dan pastikan adunan tidak lembik.
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam besin.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul dan tuang ke dalam tepung.
3. Masukkan pewarna kuning, gaul rata. Tambahkan juga air yang telah dibancuh dengan garam sedikit demi sedikit.
4. Uli tepung hingga sekata. Pastikan adunan tidak lembik. Bulat-bulatkan doh dan leperkan.
5. Canai dan leperkan doh guna mesin mi. Ubah suai ketebalan dari tebal ke nipis. Ulang berulang kali. ( empunya resipi guna pencanai no 7. )
6. Setelah doh kelihatan nipis, sapukan tepung di permukaan doh. Kemudian masukkan kembali ke dalam mesin mi untuk memotong.
7. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan sedikit minyak masak.
8. Masukkan mi dan celur seketika. Setelah mi kelihatan timbul, angkat dan toskan airnya. Titiskan sedikit minyak pada mi bagi mengelakkan ia melekat semasa sejuk nanti.
9. Mi kuning sedia dimasak mengikut citarasa anda.
INFO CHEF: 1 kg tepung gandum akan menghasilkan 2kg mi
Ayam goreng kunyit ni kira kesukaan anak anak termasuklah bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap! Mudah saja membuatnya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Haja Saleh.
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Cara memasak:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah kisar agak halus bahan di atas,boleh masak sekejap atas api. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit. Siap untuk dimakan. Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!