Aneka hidupan laut yang digoreng celup tepung antara yang menjadi tarikan utama kepada pengunjung terutamanya di pantai Timur. Ikan, sotong dan udang sering dijadikan menu utama goreng celup tepung yang sedap dinikmati bersama sos coleknya.
Rasanya yang sedap dengan isi ikan, udang dan sotong yang segar, salutan tepungnya yang rangup membuatkannya lebih enak. Untuk menghasilkannya sendiri juga tidaklah sesukar mana, asalkan betul penggunaan bahannya dan mengikuti tips untuk menjadikan salutan tepung lebih rangup. Ikuti perkongsian resipi daripada Real Mistik Rohana Najwa ini. Cantik kerak tepungnya.
BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung beras (cap gajah 3 ekor) – Boleh beli online di sini
2 biji telur ayam
3 sudu KFC serbuk kunyit – Boleh beli online di sini
3 sudu besar air kapur (air kapur sahaja, bukan isi kapur) – Boleh beli online di sini
Garam secukup rasa
Air ais – anggaran tepung tidak cair dan tidak pekat
CARA MEMASAK:
Satukan tepung beras, serbuk kunyit, dan garam.
Masukkan air ais mengikut kepekatan yang sesuai. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Masukkan telur dan air kapur. Gaulkan sebati.
Celupkan ikan hingga semua bahagian tersalut rata.
Gorengkan ikan dalam minyak yang banyak dengan api sederhana kuat.
Gunakan air ais, tepung akan lebih rangup. Tapi, jika nak gunakan air biasa pun boleh juga.
Pastikan minyak betul-betul panas, baru tepung akan jadi berkerak cantik.
Guna telur itik pun boleh, lagi cantik serdak-serdaknya.
Selain hidupan laut, salutan tepung ini juga boleh digunakan untuk menggoreng keropok, ubi, pisang, sukun, cempedak dan seangkatan dengannya. Selamat mencuba.
Kredit: Real Mistik Rohana Najwa
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official