Ikan Celup Tepung Sedap. Resipi Mudah, Boleh Makan Lepas Terawih

Share

Bulan puasa memang terasa nak makan macam-macam. Hari ni RASA kongsikan resipi Ikan Celup Tepung atau orang pantai timur sebut, colek ikang perkongsian saudari Umi Watie. Senang sangat nak buatnya. Dikongsikan sekali rahsia buat bancuhan Ikan Celup Tepung yang rangup dan kerak tahan lama tanpa lemau! Ratah pula panas-panas, cicah dengan sos Thai memang terangkat habis!

Jom kita tengok apa bahan-bahan untuk membuatnya.

 

RESIPI IKAN CELUP TEPUNG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online disini
1 biji telur saiz A


1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
1½ cawan air sejuk
½ sudu teh cuka (inilah rahsia kerak ikan celup tepung tahan lama!)
1 sudu teh air kapur – beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Campurkan tepung beras, telur, serbuk kunyit dan garam. Gaul sekata.

2. Kemudian, masukkan cuka. Gaul lagi. Masukkan air kapur dan juga air sejuk. Air tu guna air yang dibubuh ais. Ais tak payah masuk sekali. Ini nak buatkan bancuhan tadi rangup.

3. Kacau rata kesemuanya. Kemudian, masukkan ikan yang telah siap dicuci bersih. Pastikan semua bahagian kena bancuhan tepung.

4. Gaul-gaul ya. Bancuhan ini boleh guna untuk 15 ekor ikan.

5. Panaskan minyak. Kemudian, goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas ya.

6. Bila ikan dah masak kekuningan angkat dan toskan.

7. Tadaaa hidangkan pada anak dan suami. Jajan sihat untuk anak-anak. Ikan bagus untuk tumbesaran anak-anak yang cerdik dan pintar. Haaa gituh.

**Kerak atau keruping tu pakat berebut anak-anak makan. Bancuhan tepung ini boleh juga guna buat goreng pisang tau. Keriuk-keriuk tu makan dengan nasi panas dan sambal belacan pun syok. Uissshhh sambil tulis ni pun dok kecur liur.

 

Kredit resipi & foto: Umi Watie

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur