Bagi penggemar lauk pauk pedas dan bersambal, resipi Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad antara yang boleh dicuba. Sedap dan tentunya hangat. Namun bagi penggemar lauk bercili, tentunya berasa nikmat. Selain ikan cencaru, boleh juga guna ikan lain ataupun ayam. Sesuaikan sahaja ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan. 2. Kisar kasar belacan, bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan cili merah. Pastikan kisaran tidak terlalu halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan juga serai yang diketuk dan teruskan masak hingga pecah minyak. (minyak perlu lebih supaya bahan tumisan tidak kering dan tumisan akan jadi cantik).
Ads
4. Masukkan air asam @ asam keping, garam dan gula secukup rasa. Sebatikan.
5.Bila sudah cukup rasanya, tuang sambal di atas ikan. 6. Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas sedia untuk dihidang.
Nasi beriani ayam tanam ini wajib dicuba jika suka makan nasi berperisa.
Keistimewaan hidangan ini terletak pada ayam yang diperap dengan pelbagai rempah, kemudian ‘ditanam’ dalam nasi beriani yang wangi dan kaya dengan rasa.
Teknik memasak berlapis yang digunakan ini membuatkan setiap butir nasi menyerap rasa ayam. Hasilnya rasa nasi saja pun sudah sedap.
Resipi nasi beriani ayam tanam
A: Bahan Perapan Ayam (1.5kg)
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 biji tomato (dikisar)
4 sudu besar yogurt
5 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar garam masala
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar lada hitam
Garam secukup rasa
Cara perapan: Gaulkan semua bahan bersama ayam dan perap selama 30 minit.
B. Bahan penyediaan beras beriani
1.2kg beras basmathi
3 helai daun bay/salam
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar garam
1 sudu besar minyak masak
Cara merebus beras: Didihkan air bersama bahan-bahan di atas, kemudian masukkan beras dan rebus selama 5-7 minit. Toskan dan ketepikan.
C. Bahan Tumisan
1 biji bawang Holland (dimayang)
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
4 sekawan (rempah)
3 helai daun salam
D. Bahan-bahan lain
2 ikat daun ketumbar
1/2 tin susu cair
2 genggam biji gajus (digoreng)
1 kotak kecil kismis
2 cawan bawang goreng
2 biji kentang (dipotong nipis dan digoreng – untuk lapisan bawah nasi)
3 biji tomato (1 untuk ayam, 1 untuk nasi, 1 untuk salad)
6 biji telur (direbus dan ditanam bersama ayam)
Cili besar hijau / cili padi hijau
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Daun pudina (jika suka)
Pewarna kuning
Cara memasak ayam
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk.
Tumis bawang Holland bersama rempah 4 sekawan dan akar ketumbar hingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah diperap dan tutup periuk selama 20 minit hingga pecah minyak.
Tambahkan 1 cawan bawang goreng, tomato, cili hijau, kismis, daun ketumbar serta garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan ketepikan ayam.
Cara menyediakan nasi beriani
Susun kentang goreng di bahagian dasar kuali sebagai lapisan pertama. Tambah satu lapisan nasi yang telah direbus.
Susun ayam beriani sebagai lapisan kedua. Letakkan lagi satu lapisan nasi, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
Ulang proses ini sehingga semua bahan habis, dengan lapisan terakhir adalah nasi.
Titiskan pewarna kuning, susu cair dan sedikit minyak di atas nasi.
Tutup kuali dan masak dengan api kecil selama 15-20 minit.
Biarkan nasi rehat selama 10 minit sebelum dikacau perlahan. Siap untuk dihidangkan bersama salad dan sambal cili.
Kuih talam yang lembut dan sedap dikunyah memang menjadi kegemaran ramai. Tapi bila dibuat berlauk dengan ramuan daging dan rencah serbuk kari, memang padu sangat rasanya.
Boleh dimasak untuk sarapan mahupun minuman petang. Memang super sedap dan nikmat,jom semak resipi Nurul Shazwani Abd Mutalib. Siap dengan bawang gorengnya.
TALAM BERLAUK KARI
(size 10×10)
BAHAN-BAHAN :
Bahan talam :
2 cawan tepung gandum
6 sudu makan tepung jagung
6 cawan santan
2 sudu kecil garam
2 biji telor
Bahan inti lauk daging :-
1 biji bawang kuning | dipotong dadu
2 ulas bawang putih | dipotong dadu
2 biji kentang | dipotong dadu
200gm daging cincang
1 sudu besar pes cili
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun sup | dihiris nipis
Cili merah | dihiris nipis
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Cara masak inti daging :
1. Panaskan minyak dalam dua sudu besar. Kemudian tumis bawang hingga layu.
2. Kemudian masukkan pes cili kering dan serbuk kati hingga pecah minyak.
3. Kemudian baru letakkan daging cincang, masak hingga daging empuk dan lembut, masukkan kentang hingga masak hingga semua sebati.
4. Kentang tak perlu tunggu sampai empuk sebab nanti bila dikukus ia akan lembut
5. Perasakan dengan garam dan gula
Masak Talam :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kemudian tapiskan kat dalam periuk.
2. Masak hingga naik wap dalam tiga minit dah okay tuang atas loyang berukuran 10×10 yang sudah dialas plastik
3. Panaskan pengukus dan kemuidan kukus 20 minit, dah masak cakar-cakarkan kemudian taburkan lauk daging tadi di atas tepung talam tu.
4.Taburkan cili merah yang telah dihiris nipis dan daun sup. Kukus balik 10 minit, kemudian kukus lagi 5 minit lagi tanpa penutup pengukus. Siap untuk dihidang.
Kredit : nurul shazwani abd mutalib
FB : RESEPI DARI DAPUR FARIDA 2
Ni min kongsikan dua pilihan kek dari ramuan tempatan. Kek berasaskan kelapa dan satu lagi daripada betik. Buah tempatan memang istimewa dan keduanya memang menjadikan kek lebih lazat dan membangkit selera.
.
Jom semak resipi dari IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara), Peretak, Selangor yang memang arif dan kreatif dalam mencipta resipi sajian.
COCONUT INDULGENCE CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
113gm tepung gandum
125gm gula kastor
4 biji telur
13gm ovelet
27ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
1kg kelapa kering kering
2 biji isi kelapa (kaup dengan sudu dan keringkan)
Bahan filling :
250gm whipping cream
1 biji gula Melaka
Bahan salutan /coating :
250gm whipping cream atau kordial kelapa laut
250gm coklat putih
CARA MEMASAK :
Cara penyediaan kek: 1. Campurkan gula kastor,telur,ovelet dan esen vanila ke dalam mangkuk adunan. 2. Satu dan gaulkan menggunakan whisk selama 10 minit, kemudian masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mesin pengadun (mixer). Gaul perlahan menggunakan rubber spatula. 3. Masukkan pula minyak jagung dan gaul sebati. 4. Ambil isi kelapa yang telah dikeringkan dan campurkan dengan sedikit tepung. 5. Campurkan isi kelapa ke dalam adunan kek dan gaul sehingga sebati. 6. Pindahkan bancuhan kek ke dalam acuan kek dan bakar suhu 180 darjah C selama 45 minit.
Cara penyediaan filling: 1. Putar whipping cream sehingga mengembang dan campurkan gula melaka yang telah dicairkan ke dalam krim. Putar hingga sebati.
Cara penyediaan coating/ salutan : 1. Panaskan whipping cream atau cordial kelapa laut sehingga agak panas. 2. Tuang ke dalam coklat putih dan kacau sehingga tiada sebarang ketulan.
Saiz hidangan : 8 potong kek Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Kek ini menggunakan isi kelapa muda yang harum dan sedap Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Whipping cream pada coating kek ini boleh digantikan dengan kordial kelapa laut untuk memberi lebih rasa kelapa.
KEK BETIK
.
BAHAN-BAHAN
Bahan kek :
250gm mentega
250gm gula kastor
250gm tepung kek | diayak
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh glyserin
1 sudu teh serbuk penaik| diayak bersama tepung kek
50gm betik | dikisar
6 biji telur
Bahan sapuan/salut (coating):
400gm cream well
200gm gula aising
100gm mentega
Bahan inti (filling):
50gm betik | dikisar
1 ketul gula merah @ gula Melaka
200gm gula kastor
CARA MEMASAK:
Cara masak kek : 1. Masukkan mentega dan dan gula dalam mixer. Putar selama 10 minit. 2. Perlahankan mixer dan masukkan telur sebiji demi sebiji. 3. Masukkan pula esen vanilla, glyserin dan teruskan putar. 4. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking soda. 5. Akhir sekali masukkan betik yang telah dikisar dan putar hingga sebati. 6. Pindahkan adunan ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 160 selama 30 minit.Bahagikan kepada tiga tin pembakar jika mahu membentuk tiga lapisan kek.Biarkan kek sejuk.
Cara sediakan ‘coating’: 1.Campurkan mentega ,cream well dan gula aising ke dalam mixer lalu putar sehingga kembang. Sapu rata -rata di atas dan keliling kek
Cara buat filling : 1. Kisar betik dan masak dalam kuali tanpa minyak. 2. Masukkan gula dan gula merah lalu masak hingga gula mencair. 3. Untuk disapukan di antara lapisan kek
Saiz hidangan : 8 potongan Masa memasak : 45 minit Jenis masakan : Kek Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Kek berkhasiat kerana buah betik mengandungi banyak vitamin. Anggaran kos : RM20
INFO CHEF :Coating sapuan menyaluti kek boleh digantikan juga dengan whipping cream
BAGI ANDA YANG SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR TERBARU, BOLEH MEMBERI SECARA ONLINE DENGAN MELAYARINYA DI SINI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!