Ikan Cencaru memang sedap buat sumbat kelapa. Lauk macam ni makan dengan nasi confirm bertambah. Tak perlu dah lauk lain.
Ikan cencaru atau juga dipanggil ikan jaket kalau dibuat inti nyior atau kelapa memang sedaplah.
Sumbat inti penuh-penuh baru terlebih sedap ikan tuh. Kalau nak tahu ramuan kelapa parut dicampur serai , bawang dan daun kunyit memang mantaplah rasanya.
Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Ads
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan | saiz sederhana besar
8 sudu besar kelapa parut putih
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 biji cili merah
10-15 biji cili padi
1 labu bawang besar | hiris
Garam
Gula sikit
Serbuk perasa
Serbuk kunyit
1 helai Daun kunyit | dihiris nipis
1 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Ikan gaul garam kunyit, ketepikan.
2. Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.
3. Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi.
4. Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.
5. Curahkan bahagian pipi ikan juga. (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti)
6. Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat.
7. Ikan cencaru sumbat inti kelapa sedia untuk dihidang.
Selain rendang, serunding juga antara sajian yang sangat sesuai untuk dinikmati bersama ketupat, lemang dan nasi impit. Malah kalau anda nak jadikan serunding ni inti Popia Simpul pon boleh tau. Kalau Serunding Daging, agak lama penyediaannya. Paling mudah, Serunding Ikan Bilis ni. Tak sampai satu jam dah boleh siap. Selamat mencuba!
SERUNDING IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
300gm ikan bilis | dikisar sederhana kasar
20 tangkai cili kering | dikisar
2cm halia | dikisar
2cm lengkuas | dikisar
6 batang serai | dihiris halus dan dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
300gm santan pekat
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis kesemua bahan kecuali ikan bilis sehingga pecah minyak.
Setelah itu masukkan ikan bilis.
Rasa tahap kemasinannya, jika perlu baru tambah garam, jika tidak abaikan sahaja kerana sesetengah ikan bilis sudah cukup masin.
Kacau sentiasa supaya tidak hangus masaklah sehingga kering.
Tutupkan api. Siap untuk dihidang.
INFO CHEF: Serunding ikan bilis boleh dimakan dengan nasi impit, sebagai inti mini popia, nasi dan lain-lain lagi.
Bebola ikan dan bebola daging adalah antara makanan sejuk beku yang kerap ada dalam peti sejuk di rumah. Alangkah bagusnya kalau kita buat sendiri dua makanan ini secara homemade. Mesti berbaloi.
BEBOLA IKAN HOMEMADE
Bebola Ikan.
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa
1/2 Sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. 6. 6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
BAHAN-BAHAN
• 200 gram daging kisar
• 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
• Serbuk lada hitam
• Perasa dan garam secukupnya
• 2 senduk tepung ubi atau tepung jagung
• 1 biji telur ayam
• Air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian bulatkan ikut saiz kesukaan masing-masing.
3. Masuk dalam peti beku ½ jam atau 1 jam.
4. Keluarkan dan rebus. Pastikan rebus sehingga bebola timbul ke atas.
5. Bebola daging siap.
Selalu Ikan Patin je orang akan ingat nak masak Tempoyak je, kalini kita cuba Kari Ikan Patin pula lagi sedap rasanya. Cara penyediaannya juga mudah dan gerenti sedap! Resipi penuh telah dikongsikan oleh Sayidah Napisah. Jom cuba!
KARI IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin (potong 4 bahagian)
1 tangkai daun kari (lurutkan dari tangkainya)
1 sudu makan halba campur
2 sudu makan rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu makan serbuk cili
150 gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
250 ml susu rendah lemak
1 biji terung bulat (belah empat)
1 biji tomato (belah empat)
2 biji cili hijau (belah dua)
Garam daan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Bahan-Bahan Menumis:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia muda
Cara Penyediaannya:
Bersihkan ikan patin dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk rempah kari ikan dan serbuk cili.
Kacau rata hingga pecah minyak. Masukkan pula yogurt bersama pes asam jawa. Kacau lagi.
Biarkan seketika, kemudian masukkan susu rendah lemak. Biarkan kari mereneh sektika.
Masukkan ikan bersama terung. Selang beberapa minit, masukkan pula tomato dan hirisan cili.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.