IKan Cencaru Sedap Buat Sumbat Kelapa Macam Ni, Makan Dengan Nasi Confirm Bertambah

Share

Ikan Cencaru memang sedap buat sumbat kelapa. Lauk macam ni makan dengan nasi confirm bertambah. Tak perlu dah lauk lain.

Sumbat inti penuh-penuh baru terlebih sedap ikan tuh. Kalau nak tahu ramuan kelapa parut dicampur serai , bawang dan daun kunyit memang mantaplah rasanya.

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan | saiz sederhana besar
  • 8 sudu besar kelapa parut putih
  • 1 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 10-15 biji cili padi
  • 1 labu bawang besar | hiris
  • Garam
  • Gula sikit
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyit
  • 1 helai Daun kunyit | dihiris nipis
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK :

1. Ikan gaul garam kunyit, ketepikan.
2. Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.

3. Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi.

4. Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.
5. Curahkan bahagian pipi ikan juga. (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti)
6. Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat.

7. Ikan cencaru sumbat inti kelapa sedia untuk dihidang.

Kredit foto & resipi : june ahmad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Azlin