
Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.
Ikan Goreng Tepung
Bahan-bahan :
- *1 cawan tepung beras
- *1 sudu besar tepung gandum
- *1 sudu besar tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
- *1 biji telur
- *2 sudu kecil air kapur
- *3/4 cawan air
- *sedikit serbuk kunyit
- *sedikit garam
Cara buat:
- Gaulkan semua bahan bertanda *. Bancuhan ini sesuai juga untuk goreng udang sotong dan pisang goreng.
Sos pencicah Thai
Bahan-bahan :
- 5 ulas bawang putih cincang/tumbuk
- 7 tangkai cili padi cincang/tumbuk
- 5 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
- 3 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
- 3-4 sudu besar gula perang/nise/gula melaka
- Perahan air limau nipis dari 3 biji
- sedikit garam
- daun dan akar ketumbar- dicincang
Cara buat:
1.Gaul sebati semua bahan.
Kredit: Norfalisa Norman
INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, LIHAT DI SINI.
Resipi Ikan Patin Tempoyak Versi Perak Yang Sedap & Menyelerakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Variasi Menu Kukus Ekspres Sedap & Sihat.

Ramai beranggapan menu kukus atau stim leceh untuk menyediakannya, hakikat ia adalah menu paling mudah disediakan dan cepat. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal. Bukan hanya senang, menu kukus juga sedap dan sihat. Untuk itu, RASA bawakan lima resipi kukus ekspres dan sihat yang boleh anda cuba.

IKAN BAWAL KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal hitam | siang, bersih dan tos
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu the lada sulah
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 1/2 biji bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 5 biji cili padi | titik
- 1 batang serai | titik
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 sudu makan minyak
BAHAN HIASAN:
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit hirisan cili merah
- Sedikit hirisan limau nipis
- BAHAN KISAR:
- 2cm halia muda
- 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus.
- Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
- Kukus lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
- Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
- Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
- Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.
- Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
- Ikan kukus sedia dihidangkan.

SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
- 2 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos plum
- 1/2 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang besar | cincang
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 2cm halia muda | hiris halus
- 2 biji cili merah | cincang halus
- Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
- 1 biji tauhu putih | kisar kasar
- 1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
- 1 biji telur
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
- Panaskan pengukus.
- Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
- Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
- Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
- Sementara itu sediakan sos.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
- Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
- Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
- Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
- Sotong sedia dihidangkan.

TELUR KUKUS SOS MUSTARD MADU
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 2 sudu makan susu cair
- 1/2 cawan sudu makan isi ayam | cincang halus
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- Sedikit hirisan daun bawang
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
- 3 sudu makan mustard
- 1 sudu makan mayomes
- 2 sudu makan jus lemon
- 2 sudu makan madu
- 1 biji cili merah | dadu halus
- Secubit haram
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
- Panaskan pengukuks.
- Sementara menunggu kukus panas, isikan bancuhan telur tadi dalam acuan.
- Lakukan hingga habis adunan telur, kemudian kukuks lebih kurang 10-15 minit.
- Bancuh semua bahan sos dalam mangkuk, jika terlalu pekat tambahkan sedikit air panas.
- Tuangkan di atas tahu yang telah kukus tadi.
- Tauhu sedia dihidangkan.

TAUHU JEPUN SAMBAL ISI AYAM CINCANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 pek tauhu Jepun | buangkan plastiknya
- 100gm isi dada ayam | cincang
- 1/2 biji cili besar | cincang
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 2 biji cili merah | cincang
- 1/2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh sos ikan
- Garam dan perasa secukupnya
- 1/2 sudu makan, minyak masak
- Hirisan daun bawang | untuk hiasan
- Hirisan lobak merah | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu lebih kurang 10 minit
- Sementara itu sediakan sambal .
- Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan cili merah hingga wangi.
- Masukkan pes cili cili kering, kacau rata dan masukkan sos tiram, sos ikan .
- Seterusnya masukkan isi ayam dan kacau rata.
- Perasakan dengan garam, lada sulah dan perasa secukupnya.
- Setelah masak, tutup api dan tuangkan sambal di atas tauhu yang telah di kukus tadi.
- Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang dan lobak merah sebelum dihidangkan.

AYAM KUKUS TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
- 2 paha ayam | bersih, kelar dan toskan
- 3 sudu makan tauchu | kisar
- 4 ulas bawang merah | cincang halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit daun bawang | hiris memanjang
- 2 biji cili merah | cincang halus
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh jus limau nipis
- 1 sudu teh minyak bijan
- Sedikit garam | jika perlu
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 3cm halia muda
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus.
- Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
- Kukus lebih kurang 15-20 minit.
- Sementara itu sediakan sos.
- Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
- Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
- Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
- Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.
Buat Ikan Rebus Cara Orang Tua Dulu, Sedap Digoreng & Tahan Lama. Nak Kukus Pun Boleh

Waktu dulu-dulu mana ada peti ais untuk simpan ikan yang dibeli. Salah satu cara nak pastikan ikan tahan lama, mak atau nenek kita buat ikan rebus.
Ikan rebus ini pun rasanya memang sedap dan sampai sekarang pun kita teringat. Jadi kalau teringin nak makan atau beli ikan terlebih kita buat cara ini.
Versi kukus
Ikan rebus versi kukus perkongsian Siti Aishah Hanapi.

- Bersihkan ikan macam biasa pakai cuka/limau nipis. Bilas bersih.
2. Kemudian tabur garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak (kuantiti ikut jumlah ikan) Garam jangan banyak sangat nanti masin. Gaul rata pada ikan.
3.Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping 3-4 keping dalam kukusan.
4. Kukus macam biasa sehingga masak.
5. Biarkan sejuk dahulu baru digoreng.
6. Boleh masukkan dalam peti ais kalau nak simpan, ikan ini tahan lama.

Versi rebus
Ikan rebus yang ini pula caranya dikongsi oleh Hajar Mohd

- Cuci ikan kemudian masukkan dalam periuk bersama beberapa hiris lengkuas tua.
2. Letak sekali asam keping lima keping. Nak masam boleh tambah. Masukkan garam.
3. Letak air suku periuk saja. Reneh api perlahan. Tutup periuk.
4. Bila air dah kering, tutup api. Esoknya barulah goreng, rasanya lagi sedap.

Ikan ini bila dah goreng, makan dengan nasi panas memang sedap, tak cukup seekor.
Sumber: Hajar Mohd & Siti Aishah Hanapi
Sambal Bilis Rangup, Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis

Makan nasi putih tanpa lauk bersambal rasa tak puas. Lagi pedas lagi ngam. Jom kita masak “Sambal Bilis Rangup Ala Kak Liza.” Bilis ni rangup krup krup. Rasa pedas, masam manis. Nikmat! Boleh la simpan stok seminggu dua.Jika tak ada lauk lain , sambal bilis ni pun dah cukup bila dimakan dengan nasi panas.
SAMBAL BILIS RANGUP ALA KAK LIZA

Bahan-bahan:
1 mangkuk cili kering
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
1 kiub ayam
1 mangkuk ikan bilis digoreng garing
1 mangkuk bawang goreng
1 gelas air
Cara memasak:

1.Blend cili kering, bawang besar dan bawang putih.
2.Panaskan minyak, masuk cili yang dah blend dengan bawang.

3.Nampak dah nak pecah minyak, masuk 1 sudu gula, kalau suka manis sikit letak 2 sudu.

4.Letak 1 kiub ayam, hancurkan dulu.

5.Kacau dan biar pecah minyak. Semakin lama cili dimasak, semakin sedap rasanya.

6.Masuk 1 gelas air. Kacau rata.

7.Belah limau dan perah. Saja ambil gambar ni bagi kecur sikit mulut tu.

8.Part limau ni kena hati-hati. Perah sebiji dulu. Kalau kurang masam boleh perah lagi sebiji.Bergantung pada tahap kemasaman yang kalian mahu.

9.Letak kicap 2 sudu. Tujuan penyedap rasa dan warna sambal jadi menarik.

10.Biar sampai sambal nak seakan kering. Tutup api.

11.Masuk ikan bilis dan bawang goreng. Kacau bagi mesra rakyat.
12.Siap! Senangkan.
Kredit: Liza Idris
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!
Resipi Baby Pancake Viral. Mudah Je, Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa

