Ikan Goreng Tepung Makan Panas-Panas Memang Layan

Share

Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.

Ikan Goreng Tepung

Bahan-bahan :

  • *1 cawan tepung beras
  • *1 sudu besar tepung gandum
  • *1 sudu besar tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
  • *1 biji telur
  • *2 sudu kecil air kapur
  • *3/4 cawan air
  • *sedikit serbuk kunyit
  • *sedikit garam

Cara buat:

  1. Gaulkan semua bahan bertanda *. Bancuhan ini sesuai juga untuk goreng udang sotong dan pisang goreng.

Sos pencicah Thai

Bahan-bahan :

  • 5 ulas bawang putih cincang/tumbuk
  • 7 tangkai cili padi cincang/tumbuk
  • 5 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
  • 3 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
  • 3-4 sudu besar gula perang/nise/gula melaka
  • Perahan air limau nipis dari 3 biji
  • sedikit garam
  • daun dan akar ketumbar- dicincang

Cara buat:

1.Gaul sebati semua bahan.

Kredit: Norfalisa Norman

INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, LIHAT DI SINI.

 

Published by
Putri