Resipi Ikan Gurame atau tilapia rasa pedas enak yang lazat. Bumbu yang menutup bau hanyir ikan dan daun limau purut memberi bau wangi menggoda selera.
IKAN GURAME BERSAMA BUMBU GULAI
BAHAN-BAHAN:
Ads
4 ekor ikan gurame ] potong 2 bahagian (ikan tilapia)
20 helai daun kemangi (daun selasih)
1 biji santan kelapa
40gm Air asam jawa (untuk melumuri ikan)
4 biji belimbing buloh
2 helai sireh
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
20gm garam
15gm gula
BAHAN KISAR:
Ads
60gm bawang putih ] hiris nipis
200gm bawang merah ] hiris nipis
20gm kunyit hidup
3gm serbuk ketumbar
40gm buah keras
50gm halia
Ads
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan sehingga bersih dan potongkan dua bahagian. Kemudian lumurkan ikan secara menyeluruh dengan menggunakan air asam jawa. Selepas itu rendamkan ikan dalam 10 minit.
2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar. Kemudian tambahkan daun sireh, daun limau purut dan juga daun salam. Masukkan air.
3. Masukan ikan gurame, kemudian masukan pula belimbing buloh. Tambahkan pula cili hijau dan merah yang sudah dipotong sebelumnya, serta masukan pula bawang merah yang sudah dihiris, gula, garam, dan gaulkan rata sehingga masak.
4. Setelah gulai sudah pekat masukkan daun kemangi ke dalam gulai yang sedang dimasak tadi.
5. Setelah dirasa masak sempurna, angkat dan hidangan.
Saiz Hidangan: 4 orang Masa Penyediaan: 50 minit Jenis hidangan: Nusantara Keistimewaan: Rasa lemak kuah sebati dengan ikan Cara Penyediaan: Merebus Sajian Penyediaan: Menu Utama
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lauk asam pedas yang diletakkan kelapa bakar boleh dikatakan sebagai lauk yang jarang-jarang ditemui pada hari ini. Cuba korang buat asam pedas macam ni. Sedap sangat. Boleh cuba masak untuk berbuka puasa nanti.
ASAM PEDAS TENGGIRI KELAPA BAKAR
BAHAN-BAHAN
2 keping ikan tenggiri
3 tangkai daun kesum
4 sudu besar kerisik
1 liter air asam jawa
4 tangkai bendi
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Kepingan kelapa (dibakar atas api seketika)
BAHAN A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
BAHAN B
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Ikan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Bahan A ditumis sehingga separuh garing. Masukkan air asam. Biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, kelapa bakar, daun kesum dan bendi.
3. Panaskan kuali, tumis bahan B dengan kerisik sehingga garing. Campurkan ke dalam periuk. Masukkan garam. Biarkan 2 minit sebelum matikan api.
4. Sedia dihidang.
Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk anda mencuba resipi-resipi baru yang enak sebagai hidangan buat suami dan anak-anak. Dua menu di bawah antara yang tidak rugi untuk dicuba.
1. KETAM CILI THAI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | bersihkan dan tos
1 batang serai | hiris halus
5 helai daun limau purut | hiris halus
2 pokok daun ketumbar | hiris
10 biji cili padi | hiris
1 biji bawang besar | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang
3cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan pes cili
2 sudu makan pes cili Thai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Goreng ketam dan ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.
Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.
Seterusnya masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
2. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI
BAHAN IKAN:
1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
Sedikit tepung
1 biji telur
Sedikit garam & lada sulah
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang kasar
3cm halia | hiris halus
2 pokok daun bawang | hiris 3cm
½ biji cili bengala | hiris memanjang
Sedikit brokoli | dadu kecil
5 biji cili padi merah | hiris
5 biji cili padi hijau | hiris
1 batang serai | hiris halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersikan ikan dan toskannya.
Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Ikan percik sememangnya antara hidangan yang paling kerap dihidangkan terutama dalam musim Ramadan atau hujung minggu. Jika di Kelantan dan Terengganu pula, ia dijual setiap hari di kedai-kedai makan. Sememangnya hidangan ini mampu memecahkan selera. Ikan bakar yang dilumur ramuan kuah percik yang penuh dengan pelbagai rasa dan lemak dari santan ini sentiasa dicari orang. Jom kita cuba resipi ini.
IKAN SELAR PERCIK KUAH MERAH
BAHAN-BAHAN
7 ekor ikan selar
5 ulas bawang merah (*)
4 ulas bawang putih (*)
6 tangkai cili kering (rendam air panas ) (*)
1/2 inci halia (*)
1 batang serai (hiris nipis) (*)
1 sudu besar kerisik (*)
1 gelas santan pekat
2 gelas air.
1 keping asam keping @ gelugur.
1 sudu kecil kunyit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Siang dan cuci ikan. Ambil satu sudu besar bahan kisar tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit. Bakar ikan.
3. Untuk membuat kuah, masukkan santan dalam kuali dan air. Panaskan sekejap dan masukkan asam keping.
4. Masukkan bahan kisar kacau rata. Masak hingga kuah pekat dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
5. Bila ikan masak lumurkan atau percikan sedikit kuah atas ikan. Bakar sekejap supaya kuah meresap pada ikan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.