Ikan Jaket Sumbat, Aromanya Aje Dah Buat Kecur Air Liur

Share

Ikan cencaru ni famous juga nama ikan jaket. Kalau siapa pernah duduk asrama, ni menu ikan yang paling kerap dihidangkan.

Lagi banyak sambal yang disumbat sampai tersembur kata orang, perggh lagi sedap weii. Ni kalau masak masa berkelah ramai-ramai mesti syok! Dengan aroma panggang siap dengan daun pisang lagi.

Jom semak resipi perkongsian dari Nana Ismail

IKAN JAKET SUMBAT, SAMBAL TERSEMBUR

BAHAN-BAHAN

Bahan sambal :

  • Cili kering 15 tangkai (direbus dulu) *
  • Belacan besar ibu jari *
  • Bawang merah 2biji ( potong dadu)
  • Air limau nipis ( 2biji)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Kisar kasar bahan bertanda * . ( Nak guna lesung pun takda masalah)

2. Tumis bawang merah hingga naik bau dan garing sikit.

3. Masukkan bahan kisar @ tumbuk dan tumiskan hingga pecah minyak.

4. Masukkan gula, air limau dan garam. Tumis hingga menjadi pes ( pekat)

Bahan ikan cencaru :

  • Ikan cencaru 4 ekor
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Daun pisang

CARA MEMASAK :


1. Belah belakang ikan tapi jangan putus yaaaa.

2. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.

3. Masukkan pes sambal ke dalam bahagian ikan.

4. Balut ikan dengan daun pisang dan selitkan lidi pada balutan ikan.

5. Bakar hingga masak dengan menggunakan kuali ajaib dan titiskan sedikit minyak.

P/s : nak balut guna daun kunyit atau pandan pun bolehh.

Kalau ikut cara nana (empunya resipi ) untuk bakar ikan :

1. Bakar ikan dengan api sederhana guna kuali ajaib sambil tertutup tapi tak rapat sebab nana sekat dengan sudu kat bahagian penutup tu.

Tujuannya tak nak ikan tu berkuap dan wap air banyak.

2. Bila ikan dah masak,empunya resipi nana akan bukak penutup dan kuatkan api sikit untuk keringkan segala wap air yang wujub.

* Empunya resipi Nana akan biarkan daun pisang tu sedikit hangus untuk dapatkan kesan garing pada ikan..

Kredit foto dan resipi : Nana Ismail

Published by
Faridah Talib