Ikan Jenahak Masam Manis Mengasyikkan

Share

Tidak perlu masa yang lama untuk masak ikan jenahak yang hanya digoreng garing keperangan dan dituang sos masam manis. Sangat sesuai untuk mereka yang kekangan masa tapi ingin hidangan yang penuh rasa.

JENAHAK MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping ikan jenahak
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 keping nanas | dipotong dadu
  • 1/2 batang timun | dipotong dadu
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • Sedikit garam
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN TUMIS:

  • 2 ulas bawang merah | dihiris
  • 1/2 biji bawang besar | dihiris
  • 1 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | dihiris

 

BAHAN SOS:

  • 4 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu teh gula

 

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan ikan bersama sedikit garam dan tepung jagung. Goreng hingga garing. Ketepikan seketika.
  2. Tumis bahan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan sos. Gaul rata.
  3. Masukkan ikan diikuti potongan nanas dan timun. Gaul seketika sehingga semua bahan sekata.
  4. Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.

Info chef: Jika mahu menikmati isi ikan yang rangup, anda juga boleh mengasinkan sos serta ikan di dalam pinggan yang berasingan.

Saiz hidangan: 3-4  orang

Waktu memasak: 20 minit

Jenis hidangan : Melayu

Keistimewaan :  Sos yang pekat serta berperisa.

Jenis masakan : Lauk pauk

Cara memasak : Tumis

Published by
Zera Naim